I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee

Husna Hazmi 23 Jun 2021
Kongsi
5 Min Bacaan
Kongsi

Berbekalkan minat terhadap muzik, Alvin Wee berjaya membina namanya di Hollywood!

Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee. Sebut sahaja nama Alvin Wee, mesti ramai lagi yang tertanya-tanya dan tidak mengenalinya. Alvin Wee merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak yang mengukir nama di persada seni Hollywood.

Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee
Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee

Alvin Wee adalah seorang penerbit muzik

Baru sahaja berusia 33 tahun, Alvin Wee adalah seorang penerbit muzik yang kini berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat dan karyanya pernah diberi pengiktirafan di Festival Filem Golden Horse 2016.

Dia juga merupakan seorang jurutera muzik yang telah berjaya mengadun skor muzik, khasnya untuk filem-filem bertaraf blockbuster Hollywood. Selain itu, dia juga telah bekerjasama dengan penerbit Hollywood dalam menghasilkan 33 buah filem, dokumentari, runut bunyi (soundtrack) filem dan permainan video. Jumlah ini merupakan sesuatu yang menakjubkan!

Antara artis Hollywood terkenal yang pernah berkolaborasi dengan Alvin adalah Maroon 5, Jay Chou, Pharell Williams, Christina Arguilera dan banyak lagi malah Alvin juga telah menghasilkan muzik dan runut bunyi (soundtrack) dalam beberapa filem Blockbuster di Hollywood seperti filem Kung Fu Panda 3, Kingsman 2, James Bond: No Time To Die, The MEG, Eddie the Eagle, Zookeeper’s Wife, paling terkini filem blokbuster Mulan dan banyak lagi filem lain.

Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee

Siapa sangka anak kelahiran Sarawak yang humble ini berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas Hollywood

Siapa sangka anak kelahiran Sarawak yang humble ini berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas Hollywood dan telah bekerjasama dengan ramai artis Hollywood yang terkenal. Pada mulanya, dia banyak menyertai kumpulan hip hop di Kuching sebagai pemain gitar dan kemudian dia telah memutuskan untuk menyambung pengajiannnya di dalam bidang muzik di Kolej Berklee, Boston hanya berbekalkan semangat dan minatnya terhadap muzik.

Alvin sedar bahawa minatnya adalah di dalam studio mendalami ilmu rakaman dan penerbitan lagu dan dari situ jugalah dia dapat bekerjasama dengan ramai produser muzik yang berbakat. Pada akhir tahun pengajiannya pula, dia diberi peluang dalam menghasilkan lagu bagi siri permainan video Jepun iaitu Final Fantasy.

Pada tahun pertama, Alvin memulakan kerjayanya sebagai pembantu penerbit muzik yang juga merupakan pemain piano. Menurutnya, beliau, telah banyak menggilap bakat ramai pemuzik, merakamkan album pertama mereka dan juga menaikkan nama mereka.

Pernah Hasilkan Runut Bunyi Untuk Filem Kung Fu Panda 3, Kenali Penerbit Muzik Kelahiran Sarawak Alvin Wee

Bertemu dengan penyanyi Hollywood terkenal sperti Bruno Mars, Katy Perry dan Snoop Dog

Ketika itu jugalah Alvin bertemu dengan penyanyi Hollywood terkenal sperti Bruno Mars, Katy Perry dan Snoop Dog dan dia telah belajar banyak mengenai muzik daripada mereka. Kemudian dia bekerja pula dengan penerbit muzik yang lain dan mula menerokai bidang penyusunan muzik untuk filem.

Seperti yang dikongsikan Alvin, filem itulah yang menjadikan titik permulaannnya sebagai penerbit muzik di Hollywood. Selain daripada itu, dia juga pernah bekerjasama dengan artis tempatan seperti Zee Avi, Yuna, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan ramai lagi. Dia juga memainkan peranan penting dalam penghasilan lagu Arena Cahaya yang dinyanyikan oleh Zee Avi dalam filem Ola Bola.

Di samping itu, Alvin juga turut bekerjasama dalam menghasilkan lagu Together We Rise bersama komposer Rendra Zawawi dan penyanyi yang juga penulis lirik, Leah Dennis. Lagu berkenaan dinyanyikan Jaclyn Victor dan Vince Chong sebagai tema bagi acara penutupan Sukan SEA Ke-28 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2017. Dia juga turut terlibat dalam penerbitan lagu Malaysiaku yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah, Hael Husaini dan Adira Suhaimi.

Alvin juga turut menyatakan hasratnya yang ingin bekerjasama lebih banyak dengan pemuzik tempatan dan jika berpeluang, dia ingin berkolaborasi dengan artis tersohor Malaysia seperti Sassy Don dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Lagi di sini:

Husna Hazmi 23 Jun 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Membandingkan Vaksin COVID-19 Ini Adalah Sebab Mengapa Anda Tidak Boleh Membandingkan Vaksin COVID-19
Next Article Vaksin Cansino Dijangka Akan Tiba Ke Sarawak Pada Pertengahan Julai Ini Vaksin Cansino Dijangka Akan Tiba Ke Sarawak Pada Pertengahan Julai Ini

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Netizen Berang Media Malaysia Masih Lapor Prestasi Pandelela Guna Headline Negatif
Berita Malaysia

Netizen Berang Media Malaysia Masih Lapor Prestasi Pandelela Guna Headline Negatif

9 Ogos 2022
Berita Malaysia

Semudah ABC, Ini Langkah Untuk Daftar Akaun ASB Secara Online Tanpa Perlu Ke Kaunter

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Seminggu Lagi Mahu Bertunang, Gadis Ini Minta Putus Gara-Gara Ibu Mahu Menantu Kerja Kerajaan

7 Ogos 2022
Berita Malaysia

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel

7 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?