• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Vaksin Sinovac, Pfizer Dan AstraZeneca Berkesan Lawan Varian Delta COVID-19

Oleh
Ismail NA
23 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Keberkesanan vaksin Sinovac dilihat di negara yang telah menggunakannya secara meluas

Vaksin Sinovac, Pfizer Dan AstraZeneca Berkesan Lawan Varian Delta COVID-19.

Sinovac Biotech Ltd, pengasas kepada Vaksin CoronaVac Covid-19, telah mengeluarkan kenyataan dalam mempertahankan keberkesanan vaksin tersebut jika diambil 2 dos bagi melawan varian Delta. Jurucakap syarikat tersebut Liu Peicheng berkata, walaupun masih tiada data yang membuktikan terhadap kesan pelindungan, tetapi kajian telah menunjukan bahawa keberkesanan vaksin tersebut telah terbukti dibeberapa buah negara seperti Brazil,Indonesia,Chile dan Turkey yang menggunakan vaksin Sinovac secara meluas.

Vaksin Sinovac, Pfizer Dan AstraZeneca Berkesan Lawan Varian Delta COVID-19
Vaksin Sinovac, Pfizer Dan AstraZeneca Berkesan Lawan Varian Delta COVID-19

“Vaksin tersebut mampu menghalang lebih daripada 90% terhadap jangkitan yang kronik dan mengurangkan jumlah pesakit yang dimasukkan ke dalam hospital. Dari pemerhatian kami juga, kadar kebolehjangkitan selepas divaksin juga agak rendah di negara-negara tersebut serta gejala yang ditunjukkan adalah lebih ringan dalam kebanyakan keadaan.

“Walaupun terdapat pengurangan dalam penaturalisasian terhadap kesan, Vaksin Sinovac (CoronaVac) masih berkesan dalam melawan Varian Delta,” kata Liu, yang berpusat di ibu pejabat syarikat di Beijing, dalam jawapan beliau terhadap soalan yang telah diajukan oleh Bernama.

Pfizer dan AstraZeneca turut berkesan lawan varian Alpha dan Delta jika ambil 2 dos

Pfizer dan AstraZeneca turut berkesan bagi menghalang kes Varian Delta yang bergejala dimana merupakan strain dominan di U.S. pada bulan ini. Walau bagaimanapun , keberkesanan vaksin dilihat turun dengan ketara terhadap pesakit yang hanya menerima 1 atau 2 dos bersadarkan kajian terbaru.

Sebuah kajian telah dijalankan keatas 19,000 orang dan Public Health England telah mengeluarkan kenyataan pada Rabu bahawa kedua-dua dos sama ada Pfizer mahupun AstraZeneca mampu memberi perlindungan terhadap Varian Alpha (B.1.1.7, yang juga dikenali sebagai Varian UK) dan Varian Delta.

Dua dos Vaksin Pfizer mempunyai keberkesanan sebanyak 93.7% bagi penghalang jangkitan Varian Alpha yang mempunyai simptom dan 88% bagi Varian Delta.Manakala 2 dos AstraZeneca terbukti berkesan sebanyak 74.5% bagi menghalang jangkitan Varian Alpha yang mempunyai simptom dan 67% bagi Varian Delta.

Walau bagaimanapun, keberkesanan vaksin tersebut dilihat akan menurun jika pesakit hanya menerima 1 dos sahaja bagi kedua-dua vaksin. Sebuah kajian menunjukan bahawa kedua-dua vaksin tersebut mempunyai keberkesanan sebanyak 48% dalam menghalang Varian Alpha manakala 30% bagi Varian Delta.

Pakar penyelidik mengatakan bahawa kajian mereka menjumpai kepentingan teori pengambilan 2 dos, terutama dikawasan yang mempunyai populasi yang rendah serta ia merupakan cara terbaik dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Catat Kes VOC Delta Tertinggi Di Malaysia Dari 12 Julai Sehingga 22 Julai 2021 Sarawak Catat Kes VOC Delta Tertinggi Di Malaysia Dari 12 Julai Sehingga 22 Julai 2021
Next Article Varian Delta COVID-19 Dikesan, Balai Polis Satok Di Kuching Tutup Sementara

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?