• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Varian Delta COVID-19 Dikesan, Balai Polis Satok Di Kuching Tutup Sementara

Oleh
Husna Hazmi
23 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Hal ini adalah untuk mengelak berlakunya lagi penularan Covid-19 di Sarawak.

Varian Delta COVID-19 Dikesan, Balai Polis Satok Di Kuching Tutup Sementara. Dilaporkan bahawa, Balai Polis Satok, Kuching kini ditutup buat sementara waktu berikutan penularan COVID-19 yang telah membawa kepada Kluster Pagar Satok.

Varian Delta COVID-19 Dikesan, Balai Polis Satok Di Kuching Tutup Sementara
Varian Delta COVID-19 Dikesan, Balai Polis Satok Di Kuching Tutup Sementara

Balai berkenaan ditutup sementara

Perkara tersebut telah disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail yang berkata balai berkenaan ditutup buat sementara waktu berkuatkuasa mulai 22 Julai sehingga 4 Ogos 2021.

“Setakat ini seramai 22 orang kena tahan (OKT) dan lapan anggota Balai Polis Satok terlibat telah dikuarantin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelas beliau menerusi WhatsApp kepada Utusan Borneo hari ini. 

Ini kerana, tular hari ini berkenaan mesej di aplikasi WhatsApp berhubung penutupan sementara Balai Polis Satok dari tempoh 22 Julai hingga 4 Ogos 2021.

Varian Delta COVID-19 Dikesan, Balai Polis Satok Di Kuching Tutup Sementara

Varian Delta melibatkan kes Kluster Pagar Satok

Berkaitan Varian Delta melibatkan kes Kluster Pagar Satok itu, jelas beliau, KKM telah mengesahkan ianya melibatkan seorang orang kena tahan (OKT) kes indeks.

“Tentang Varian Delta, KKM yang disah melibatkan seorang OKT kes indeks,” jelas beliau lagi 

Pada Rabu lepas, Pengarah Institut Perubatan dan Kesihatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera telah mendedahkan bahawa 76 lagi kes baharu varian Delta (B.1.167.2) dikesan di Sarawak.

Jelas beliau, 76 kes baharu tersebut dikesan dalam pengesanan dan pengawasan berterusan Varian SAR-COC-2 yang menular di negeri ini di mana sampel daripada kes-kes positif telah diuji antara 7 Jun hingga 13 Julai, baru-baru ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Vaksin Sinovac, Pfizer Dan AstraZeneca Berkesan Lawan Varian Delta COVID-19
Next Article VIDEO : Pasar Tamu Haram Diserbu Pihak Berkuasa Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?