• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] ‘Inilah Daerah Limbang,’ Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Dengan ‘Highway’ Limbang-Miri

Oleh
ILB - AI
1 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
[VIDEO] 'Inilah Daerah Limbang,' Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Dengan 'Highway' Limbang-Miri

“Beginilah nasib orang Limbang guys,” – Netizen

[VIDEO] ‘Inilah Daerah Limbang,’ Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Dengan ‘Highway’ Limbang-Miri. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi dua video menunjukkan keadaan ‘jalan’ Limbang-Miri dan apa penduduk Limbang harus menghadapi semata-mata untuk turun ke Miri.

Bukan sahaja mereka terpaksa mengharungi sungai Tutoh yang deras, apa yang lebih mengejutkan adalah jalan tersebut merupakan jalan utama yang biasa digunakan oleh penduduk Limbang untuk menuju ke Miri.

[VIDEO] ‘Inilah Daerah Limbang,’ Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Dengan ‘Highway’ Limbang-Miri

“Perjalanan menghantar anak bersekolah ke Kuching melalui HIGHWAY Limbang Miri,” – Ley Menk

Menurut pengguna Facebook berkenaan iaitu Ley Menk, beliau berkata mereka terpaksa melalui jalan terbabit apabila menghantar anak bersekolah di Kuching. Malah, beliau juga berkongsi keadaan jalan tersebut dalam dua video yang mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Kredit foto: FB Ley Menk

Dalam kedua-dua video tersebut, sebuah kren dilihat menunda kereta untuk menyeberangi Sungai Tutoh. Difahamkan, kren itu merupakan satu-satunya kenderaan yang mampu mengiringi kenderaan lain untuk menyeberangi arus sungai yang deras dengan selamat.

Anda boleh lihat kedua-dua video itu di bawah:

Posted by Ley Menk on Tuesday, March 29, 2022

Posted by Ley Menk on Wednesday, March 30, 2022

“Angan2 ART la, jalan LWS-LMN-MYY tak buat2 dari dulu,” – Netizen

Facebook post tersebut yang telah dikongsi sebanyak 602 kali itu mengundang pelbagai kecaman netizen yang berpendapat perkara ini sepatutnya diselesaikan sejak dahulu lagi. Malah, ramai yang mengatakan bahawa membaiki dan menaik taraf jalan seperti ini harus diutamakan daripada projek baharu.

Antara komen yang bersependapat adalah:

Kredit foto: FB Ley Menk
Kredit foto: FB Ley Menk

“Pemimpin di Sarawak tak ada diorang peduli benda macam ini. Mulut sahaja banyak ‘ketek-ketek’ (banyak cakap). Sibuk nak buat syarikat penerbangan Sarawak lah, merancang nak buat LRT lah. Tapi masih banyak lagi projek lebih memerlukan perlu dibuat.”

Kredit foto: FB Ley Menk

Terdapat juga mereka yang berkongsi pendapat mereka menerusi perkongsian post tersebut seperti:

Kredit foto: FB Ley Menk
Kredit foto: FB Ley Menk

“Rasa tertipu je ni Sarawak, sedih saya lihat keadaan Sarawak.”

Kredit foto: FB Ley Menk

Semoga jalan penyelesaian dapat dibuat untuk memudahkan penduduk Limbang agar mereka tidak menghadapi perjalanan yang sukar. Bagi pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal infrastruktur, diharapkan menjalankan tanggungjawab dan memastikan perkara seperti ini diperbaiki secepat mungkin.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Senarai Buffet Berbuka Puasa Hotel Bawah RM 100 Di Kuching
Next Article Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?