• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang

Oleh
Ismail NA
1 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Majlis pelancaran ini berlangsung sekitar jam 4.30 petang tadi.

Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datangkan Datang. Stesen minyak pertama sendiri yang dimiliki oleh Sarawak, Petros yang terletak di Bintawa kini telah dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekitar jam 4.30 petang tadi.

Majlis dimulakan dengan upacara simbolik mengisi minyak di salah satu stesen pam Petros oleh Premier Sarawak. Turut hadir bersama menyaksikan upacara bersejarah tersebut adalah Timbalan Premier, pengerusi SEDC dan Petros, datuk bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), serta ahli lembaga pengarah Petros dan SEDC.

Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang
Tangkap layar perasmian stesen Petros oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Sumber : UKAS

Menerusi ucapan Premier Sarawak, pelancaran stesen isi bahan api pelbagai ini adalah satu pencapaian untuk mencapai matlamat untuk kemapanan masa depan, tenaga dan ekonomi baharu. Tambahnya lagi, pemasaran dan aktiviti hiliran Petros ini dikendalikan oleh SEDC Energy.

Stesen Petros ini juga dirancang untuk dibina di sepanjang jalan Pan Borneo. Cawangan kedua kini sedang dibina di Batu Kawa.

Penubuhan stesen isi bahan api pelbagai Petros ini juga dinyatakan oleh Datuk Patinggi Abang Jo sebagai suatu usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon, serta menggalakkan masa depan sifar karbon dan penggunaan kenderaan elektrik.

Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang
Sumber : UKAS

Di masa akan datang, ekonomi bahan api pelbagai termasuklah hidrogen dan pengecasan elektrik ini juga bakal menjadi tulang belakang untuk mempraktikkan kenderaan berasaskan bateri sel bahan api. Premier Abang Jo juga menjangkakan lebih banyak penduduk di Sarawak kelak akan menggunakan kenderaan elektrik keluaran Elon Musk iaitu Tesla berada di jalan raya di wilayah ini.

Peranan stesen ini akan diperluaskan lagi kelak dengan adanya pengangkutan awam berteraskan sifar karbon oleh Sarawak Metro. Ini bagi membolehkan Sarawak mencapai visinya untuk menjadi sebuah wilayah ekonomi hijau dan bersih.

Di peringkat Asia Tenggara,Premier Abang Jo turut memberitahu bahawa Sarawak kini sedang berada di hadapan dalam peralihan kepada ekonomi hidrogen di rantau ini, apatah lagi loji rintis hidrogen juga dibina di Sarawak.

Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang
Sumber : UKAS

Dalam majlis yang sama, Premier Abang Jo turut diberi gelaran Bapa Sarawak Digital, manakala TYT Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diberi gelaran Bapa Sarawak Moden dan Allahyarham Tok Nan digelar sebagai Bapa Perpaduan Sarawak.

Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang
Sumber : UKAS
Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang
Sumber : UKAS
Petros Darul Hana Sah Dirasmikan Oleh Premier Sarawak, Bakal Ramai Guna Tesla Di Masa Akan Datang
Sumber : UKAS

Apa pendapat anda? Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] 'Inilah Daerah Limbang,' Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Dengan 'Highway' Limbang-Miri [VIDEO] ‘Inilah Daerah Limbang,’ Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Dengan ‘Highway’ Limbang-Miri
Next Article Kanak-Kanak 5 Tahun Di Sabah Diuji Kanser Pangkal Otak, Bapa Rayu Bantuan Seikhlas Hati

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?