• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[Video] Netizen Kagum Wanita Iban Ini Tangkap Bukan Seekor, Tapi 5 Ekor Ular Ripong!

Oleh
Husna Hazmi
23 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Nang tererr lah!

[Video] Netizen Kagum Wanita Iban Ini Tangkap Bukan Seekor, Tapi 5 Ekor Ular Ripong! Semalam, tular di sosial media satu video ditonton sebanyak 1.6 juta kali (setakat artikel ini ditulis) yang menunjukkan keberanian seorang wanita iban ini menangkap 5 ekor ular ripong dengan hanya bersenjatakan tangannya dan juga sebilah parang kebun kecil.

Salah satu spesies ular sawa

Untuk pengetahuan anda, ular ripong yang merupakan salah satu spesies ular sawa ini sememangnya terkenal untuk dijadikan lauk buat sesetengah masyarakat Dayak di negeri Sarawak.

Aksi wanita tersebut menangkap bukan satu ye, 5 ekor ular ripong telah memang membuat ramai warganet terpaku dan kagum! Wajah wanita yang ceria sambil gelagatnya menari-nari mendapat 5 ekor ular ripong juga menjadikan orang ramai geli hati dan gembira dengan hasil tangkapannya itu.

Woooww.. Ada rezeki gawai lh

Posted by MrAli Kampua on Saturday, May 21, 2022

Disclaimer: Jangan sesekali meniru aksi di video ini!

Di dalam video rakaman 2 minit 12 saat itu, wanita tersebut gembira dengan ular yang ditangkapnya. Katanya, ular tersebut bukan sahaja boleh dijadikan santapan enak, malah kalau dijual pasti lumayan hasilnya.

Menurutnya lagi, ular ripong ini juga merupakan makanan eksotik dan rasanya pula lebih sedap daripada ayam ataupun ikan.

Apa yang menggelikan hati orang ramai di dalam video tersebut adalah wanita itu bagaikan tak percaya menemui 5 ekor ular ripong sekaligus dan dia asyik mengulangi ayat “nasib aku bawa parang aku hari ini”.

Menjenguk ke ruangan komen

Menjenguk ke ruangan komen pula, terdapat satu komen dengan 405 like (setakat artikel ini ditulis) yang mengatakan inilah salah satu sebab badarawuhi (ular jadian) tak ada dekat Sarawak. Kalau ada badarawuhi ni dekat Sarawak, habislah dijadikan makanan kenduri sekampung!

Komen ini pula mengatakan, ikutkan adat iban dari orang-orang tua, kalau dapat ular ripong ni, hendaklah dikongsikan dan dimakan bersama-sama kerana ia membawa rezeki yang melimpah.

Komen menarik lain pula ada yang memuji tukang rakam video, ada juga yang kagum dengan keberanian wanita tersebut dan ada pula yang mengatakan kalau dirinya terjeling ular memang dah lari 100 meter jauhnya. Semua komen-komen yang dilihat rata-ratanya positif sahaja!

Apapun, memang hebatlah aksi wanita ini menangkap 5 ekor ular ripong sekaligus. Memang tabik lah!

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai beberapa lagi makanan eksotik masyarakat di Sarawak di sini:

SUMBER :Facebook Mr Ali Kampua
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong Rupa-Rupanya Warna Penutup Botol Ada Peranan, Wanita Ini Kongsi Perbezaan Air Kosong
Next Article Siap 82 Peratus, Lebuh Raya Trans Borneo Sarawak-Sabah Dijangka Siap 5 Tahun Akan Datang Siap 82 Peratus, Lebuh Raya Trans Borneo Sarawak-Sabah Dijangka Siap 5 Tahun Akan Datang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?