• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman

Oleh
Nazihah AN
18 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman

Siapa di antara korang yang kenal dengan sejenis siput eksotik ini?

Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman. Untuk pengetahuan anda, Kelitak atau Lelitak merupakan makanan eksotik bagi masyarakat Iban di Sri Aman. Lelitak ataupun nama saintifik nya ialah Onch Slug dikategorikan dalam keluarga Onchidiidae iaitu siput laut pulmonate.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa Lelitak ini juga boleh dikategorikan dalam sejenis lintah (slug) kerana bentuknya yang licin seolah-olah sama akan lintah. Lelitak ini biasanya terdapat di pinggir sungai dan kawasan basah dan sembap seperti sawah padi.

Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman
Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman. Sumber gambar: Sarawak Edition

Ada yang gelarnya sebagai Abalone versi Sarawak!

Jika anda melihatnya, mungkin anda akan merasa geli kerana rupa bentuk siput ini licin dan melekit kerana ianya siput tanpa cengkerang. Tetapi menurut masyarakat Iban, Lelitak ini sangat sedap dan boleh dimasak dengan pelbagai cara. Menarik kan?

Ada yang mengatakan bahawa Lelitak ini merupakan Abalone versi Sarawak. Kenapa? Ini kerana rupa bentuknya yang seakan-akan mirip dengan abalone apabila dimasak untuk dijadikan hidangan. Unik sungguh!

Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman
Sumber gambar: Sarawak Aritok
Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman
Sumber gambar: Sriamannews
Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman
Sumber gambar: FB Amazing Sarawak

Lelitak ini juga dijadikan menu hidangan buat masyarakat Iban, apabila ada apa-apa perayaan.

Ada juga yang mengatakan bahawa lelitak ini jika dimasak akan mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding daging ayam. Bahkan ada yang menyamakan ia dengan rasa pedal ayam. Lelitak ini boleh dimasak goreng kicap dan direbus dengan sayur pucuk manis/cangkuk dan dimasak goreng cili atau sebagainya.

Harga Lelitak ini boleh mencecah sehingga RM12 sekilo di pasaran. Satu besen Lelitak boleh habis dijual dalam tempoh sehari sekiranya penduduk luar bandar membanjiri kawasan Pasar Tamu Sri Aman untuk memberi lauk-pauk di situ pada hari cuti umum.

Bagi anda yang pernah rasa Lelitak ini, jom kongsikan pendapat di ruangan komen! Min pun nak tahu rasanya macam mana hehe..

Ketahui lebih banyak lagi makanan yang anda hanya boleh dapati di Pulau Borneo:

Digelar Avocado Malaysia, Kenali Buah Engkalak Yang Hanya Terdapat Di Borneo
Manis Seakan-Akan Rambutan, Kenali Buah Eksotik Enseruit Yang Terdapat Di Pulau Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayi Lelaki Ditemui Masih Hidup Di Tepi Jalan Belaga
Next Article Sarawak Cadang Bina 6 Menara Mirip Masjid Nabawi Sarawak Cadang Bina 6 Menara Mirip Masjid Nabawi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?