• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

[VIDEO] Pesawat China Bawa 132 Penumpang Terhempas, Menjunam 90 Darjah Ke Pergunungan

Oleh
Ismail NA
21 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

[VIDEO] Pesawat China Bawa 132 Penumpang Terhempas, Menjunam 90 Darjah Ke Pergunungan. Khabar duka dari China hari ini apabila sebuah pesawat komersial China Eastern Airlines yang membawa sebanyak 132 orang penumpang dilaporkan terhempas di pergunungan Selatan China petang tadi.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), penerbangan dari Bandar Kunming menuju ke Guangzhou itu menggunakan pesawat jenis Boeing 737. Setakat ini, punca nahas masih belum diketahui serta jumlah mangsa yang terkorban belum dapat dipastikan.

[VIDEO] Pesawat China Bawa 132 Penumpang Terhempas, Menjunam 90 Darjah Ke Pergunungan
[VIDEO] Pesawat China Bawa 132 Penumpang Terhempas, Menjunam 90 Darjah Ke Pergunungan. Sumber : Berita Harian

Flightradar24 mengesahkan bahawa pesawat jenis Boeing 737-800 tersebut masih berusia 6 tahun 8 bulan dan telah berlepas dari Kunming pada jam 1.11 tengah hari waktu tempatan dan sepatutnya tiba di Guangzhou pada jam 3.05 petang waktu tempatan.

Pesawat yang membawa penumpang seramai 123 orang serta 9 anak kapal itu terputus hubungan di bandar Wuzhou, sekitar jam 2.22 petang waktu tempatan pada ketinggian 3,225 kaki dengan kelajuan 376 knot.

Detik terakhir pesawat tersebut sempat dirakam

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh orang awam di Twitter sempat merakamkan detik terakhir pesawat tersebut sebelum terhempas. Pesawat tersebut dilihat jatuh menjunam dalam kedudukan 90 darjah di kawasan pergunungan di selatan China.

#BREAKING: Reported footage of the final moments of #MU5735 A China Eastern Boeing 737-800 which has crashed in Southern China, SW of Guangzhou.

*Pulled from Weibo pic.twitter.com/6KAwHtbCTn

— Aus Covid and Vax stats #STANDWITHUKRAINE (@aus_forum) March 21, 2022

Nahas tersebut turut menyebabkan kebakaran berskala besar di kawasan pergunungan tersebut. CAAC telah mengaktifkan mekanisme kecemasan dan menghantar kumpulan penyelamat ke tempat kejadian.

The flight is China Eastern Airlines MU5735, from Kunming to Guangzhou. According to Flightradar24, the speed and altitude dropped sharply near Wuzhou. Boeing 737-800ng passenger aircraft, registration number B1791, 6.8 years old.🙏🏻🙏🏻🙏🏻 pic.twitter.com/wOwBC25KuW

— Deng_919 (@919Deng) March 21, 2022

【Crash site】A Boeing 737 passenger plane carrying 133 people from China Eastern Airlines had an accident in Teng County, Guangxi and then triggered a mountain fire. At present, the rescue team has gathered, the casualties are still unknown. pic.twitter.com/udlT6qqKWZ

— 豆腐Toufu.exe🀄️ (@y1499003) March 21, 2022

Laman sesawang penerbangan China Eastern Airlines kemudiannya terus menukar warna laman tersebut kepada skema hitam dan putih menandakan tanda penghormatan kepada mangsa nahas.

[VIDEO] Pesawat China Bawa 132 Penumpang Terhempas, Menjunam 90 Darjah Ke Pergunungan

Memetik laporan Berita Harian, rekod keselamatan industri penerbangan China adalah antara yang terbaik di dunia sepanjang dekad yang lalu.

Menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan, kemalangan maut terakhir pesawat China adalah pada 2010, apabila 44 daripada 96 orang di dalamnya terbunuh apabila jet serantau Embraer E-190 milik Henan Airlines terhempas ketika menghampiri lapangan terbang Yichun.

Tanda pagar #MU5735 kini tular dengan perkembangan terkini nahas tersebut. Takziah.

Baca juga sejarah terburuk pesawat terhempas ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Padah Uji Tak Kena Tempat, ‘Hailak’ Merempuh Saga Hingga Remuk Sebaik Keluar Dari Bengkel Di Sandakan
Next Article Termasuk Kawasan Tandas Rumah, Seekor Ular Sawa Batik Berjaya Ditangkap Di Betong Termasuk Kawasan Tandas Rumah, Seekor Ular Sawa Batik Berjaya Ditangkap Di Betong

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?