• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Saga Buat Aksi U-Turn Merbahaya Di Jalan Licin Depan Simpang UNIMAS

Oleh
Ismail NA
27 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Depan UNIMAS memang tiada laluan pusingan U.

[VIDEO] Saga Buat Aksi U-Turn Merbahaya Di Jalan Licin Depan Simpang UNIMAS. Menerusi rakaman dashcam yang dimuat naik di laman Facebook Sarawak Roads Update, sebuah kenderaan Saga berwarna merah dirakam berhenti di tengah persimpangan lampu isyarat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kenderaan terbabit dipercayai ingin membuat pusingan U di persimpangan tersebut namun gagal kerana kenderaan dari arah bertentang sudah bergerak sebaik sahaja lampu isyarat hijau menyala.

[VIDEO] Saga Buat Aksi U-Turn Merbahaya Di Jalan Licin Depan Simpang UNIMAS
[VIDEO] Saga Buat Aksi U-Turn Merbahaya Di Jalan Licin Depan Simpang UNIMAS. Sumber: FB Sarawak Roads Update

Akhirnya, Saga merah itu tersepit di tengah simpang yang sesak dengan kenderaan lalu di bahagian kiri dan kanan.

Dalam masa yang sama, keadaan jalan dilihat sangat licin menyebabkan netizen bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini sekiranya kenderaan Saga itu terus membuat pusingan U.

Banyak kematian telah berlaku disebabkan pusingan U di simpang ini

Video tersebut dimuat naik ke laman Facebook dengan kapsyen yang menegaskan bahawa terdapat banyak kematian yang telah pun berlaku di hadapan simpang UNIMAS ini akibat perbuatan pusingan U yang haram.

Dah banyak kes kematian di lampu isyarat UNIMAS kerana U Turn haram tapi masih juga ramai yang mengoder kematian di sia.Moral of the story – nyawa dan spare part ada dijual di Mr DIY dan Eco Shop.Kredit geng keras admin.

Posted by Sarawak Roads Update on Monday, June 27, 2022

Ujarnya lagi, meskipun mengetahui bahawa kawasan itu bukan kawasan untuk membuat pusingan U, namun masih ramai yang ‘bengkeng’ (degil) dan masih melakukan perbuatan terlarang itu.

Dalam nada sarkastik, hantaran tersebut juga memberitahu bahawa nyawa dan barang gantian boleh dibeli di kedai MR DIY dan Eco Shop.

[VIDEO] Saga Buat Aksi U-Turn Merbahaya Di Jalan Licin Depan Simpang UNIMAS
Sumber: FB Sarawak Roads Update

Untuk pengetahuan anda, pusingan U tidak dibenarkan sama sekali di hadapan simpang isyarat UNIMAS ini. Lagi-lagi selepas cuaca hujan, jalan agak licin dan merbahaya. Patuhi jalan raya, memandulah dengan berhemah dan berhati-hati di jalan raya.

Nyawa anda dan orang lain tiada galang ganti. Ingatlah orang yang tersayang.

Simpang Vivacity dan simpang Pending adalah kawasan ‘panas’ di mana U-turn haram sering dilakukan oleh pemandu kenderaan:

SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pandelela Beraksi Cemerlang, Mara Ke Final Terjun Kejohanan Dunia Hungary 2022
Next Article Niat Nak Memancing Ikan Tapi Kaki Pancing Ini Dapat Buaya 50Kg Pula Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?