• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pandelela Beraksi Cemerlang, Mara Ke Final Terjun Kejohanan Dunia Hungary 2022

Oleh
Ismail NA
27 Jun 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Chaiyok Pandelela!

Pandelela Beraksi Cemerlang, Mara Ke Final Terjun Kejohanan Dunia Hungary 2022. Kehebatan Datuk Pandelela Rinong Pamg atau mesra disapa Lela terserlah di kolam renang di Hungary, Budapest hari ini.

Isi Isi Penting
  • Chaiyok Pandelela!
  • Atlet paling senior dalam acara 10 meter platform individu
  • Saksikan aksi final Pandelela di kaca TV anda.
  • Ketahui juga sejarah cemerlang sepanjang karier atlet yang berasal dari Bau, Sarawak ini:

Ratu terjun negara ini berentap dalam acara 10 meter platform wanita individu dan menamatkan saingan di tempat ketujuh di peringkat separuh akhir di Kejohanan Dunia FINA 2022 Budapest, Hungary pagi tadi.

Pandelela Beraksi Cemerlang, Mara Ke Final Terjun Kejohanan Dunia Hungary 2022
Pandelela Rinong, ratu terjun negara.

Atlet paling senior dalam acara 10 meter platform individu

Beliau mengumpul mata sebanyak 313.15 di tangga ketujuh, sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir bersama-sama penerjun di tempat pertama, Chen Yuxi (427.00 mata), juara dunia 2019 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tempat kedua pula dimonopoli oleh Quan Hongchan, remaja berusia 14 tahun yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan 413.70 mata, manakala tempat ketiga diduduki oleh atlet dari Brazil, Ingrid Oliveira dengan 340.70 mata.

Atlet berusia 29 tahun ini merupakan atlet paling senior dalam kategori terbabit pada kali ini.

Pandelela Beraksi Cemerlang, Mara Ke Final Terjun Kejohanan Dunia Hungary 2022
Pandelela Beraksi Cemerlang, Mara Ke Final Terjun Kejohanan Dunia Hungary 2022. Sumber: REUTERS

Saksikan aksi final Pandelela di kaca TV anda.

Pandelela akan merebut gelaran juara di pusingan akhir yang akan diadakan pada jam 1 pagi waktu Malaysia, 28 Jun 2022 (Selasa). Aksi terjunan Pandelela ini boleh disaksikan secara langsung di saluran Astro Supersport.

Pada edisi 2019 yang lalu, Pandelela menamatkan saingan di tangga kelima dalam acara yang sama dan berjaya membawa pulang pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama, bergandingan bersama Leong Mun Yee.

Jom sama-sama kita beri sokongan penuh buat ratu terjun negara awal pagi nanti. Agi idup agi ngelaban!

Ketahui juga sejarah cemerlang sepanjang karier atlet yang berasal dari Bau, Sarawak ini:

SUMBER :BHarian.com
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Food Festival Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 29 Julai Ini! Kuching Food Festival Kembali Lagi Selepas 2 Tahun Ditunda, Bakal Diadakan 29 Julai Ini!
Next Article [VIDEO] Saga Buat Aksi U-Turn Merbahaya Di Jalan Licin Depan Simpang UNIMAS

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?