• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Vila Mewah Dalam Taman Bunga Dengan View Gunung Kinabalu, Macam Dekat New Zealand

Oleh
Nazihah AN
18 Februari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Vila Mewah Dalam Taman Bunga Dengan View Gunung Kinabalu, Macam Dekat New Zealand

Taman bunga yang memukau dengan view Gunung Kinabalu

Vila Mewah Dalam Taman Bunga Dengan View Gunung Kinabalu, Macam Dekat New Zealand. Bila tiba musim bunga, media sosial kita pasti penuh dengan gambar taman yang dipenuhi bunga-bunga berwarna-warni dari serata dunia. Untuk kita di Malaysia, mungkin agak susah nak tengok cherry blossom atau ladang tulip yang luas, tapi jangan risau! Kita ada Spring Garden Kundasang – sebuah taman bunga buatan manusia yang tak kurang hebatnya, siap dengan suasana sejuk dan pemandangan yang memukau.

Spring Garden Kundasang ni ibarat permata tersembunyi di Sabah, dengan taman yang penuh dengan bunga-bunga segar sepanjang tahun. Lokasinya yang agak terpencil mungkin buat perjalanan ke sini sedikit mencabar, tapi percayalah, sebaik sahaja sampai, segala penat lelah akan hilang!

Vila Mewah Dalam Taman Bunga Dengan View Gunung Kinabalu, Macam Dekat New Zealand
Sumber gambar: Booking.com

View Gunung Kinabalu yang jelas dan menakjubkan

Dengan tiket masuk hanya RM10 seorang, pengunjung boleh menikmati keindahan taman ini, berjalan di antara pokok bunga mawar, dan merakam gambar-gambar cantik. Kalau nak cari tempat untuk tenangkan fikiran, boleh duduk di tepi sungai berbatu sambil mendengar bunyi air yang mengalir jernih.

Salah satu tarikan utama Spring Garden adalah view Gunung Kinabalu yang begitu jelas dari sini! Bayangkan, sambil berjalan-jalan di taman bunga yang penuh warna-warni, anda boleh menikmati pemandangan puncak gunung tertinggi di Malaysia. Confirm gambar Instagram akan nampak macam di luar negara!

Vila eksklusif di tengah-tengah taman bunga

Tak cukup dengan hanya lawatan singkat? Spring Garden Kundasang juga menawarkan penginapan eksklusif di vila peribadi yang dikelilingi taman bunga. Bangun pagi dengan udara segar dan pemandangan hijau yang mendamaikan – memang pengalaman yang tak boleh dilupakan.

Setiap vila dihias dengan rekaan dalaman kayu yang moden tetapi ringkas, membiarkan alam sekeliling menjadi tarikan utama. Bagi yang ingin menginap di sini, terdapat dua pilihan bilik:

  • Twin Room (RM957/malam) – bangun pagi terus nampak Gunung Kinabalu.
  • King Suite (RM1,242/malam) – ada balkoni peribadi dengan view taman bunga yang mempesonakan.

Rasakan pengalaman ‘musim bunga’ sepanjang tahun

Walaupun Malaysia tidak mempunyai taman bunga eksotik seperti di luar negara, Spring Garden Kundasang menawarkan peluang untuk merasai keindahan alam yang tenang dan menenangkan jiwa. Sama ada untuk kunjungan sehari atau menginap di vila mewah mereka, tempat ini wajib masuk dalam bucket list percutian anda!

📍 Alamat: Spring Garden Kundasang, Jalan Golf Course Mesilou, Ranau 89308 Kundasang, Sabah
⏰ Waktu Operasi: Setiap hari, 8AM-4PM
📞 Telefon: 012-809 1564
🌐 Facebook | Instagram: Spring Garden Kundasang

Banyak betul yaa tempat-tempat cantik di Sabah ni, lihat di bawah:

Crystal Resort Semporna Tawar Percutian Berpatutan Berkonsepkan Maldives
8 Tempat Di Sabah Ini Seakan-Akan Di Luar Negara
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Buka Pintu Terus Masuk Mall, Keunikan Rumah Di Bintulu Ini Jadi Tular Buka Pintu Terus Masuk Mall, Keunikan Rumah Di Bintulu Ini Jadi Tular
Next Article Dari Long Sebangang ke Dubai, Kisah Kecekalan Dari Cikgu Nazmi Buat Netizen Tersentuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?