• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Viral Video Seorang Peguam Berkata ‘Saya Bukan Kucing’ Setelah Tersilap Guna Filter Anak Kucing Di Zoom

Oleh
Husna Hazmi
10 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Video yang menggelikan hati itu viral di Internet!

Viral Video Seorang Peguam Berkata ‘Saya Bukan Kucing’ Setelah Tersilap Guna Filter Anak Kucing Di Zoom. Di musim pandemik ini, Zoom video call, Skype, Google Meet dan banyak lagi aplikasi panggilan video digunakan secara meluas untuk mengelakkan interaksi secara bersemuka. Video anak kucing comel keliru yang viral semalam berjaya membuat orang ramai tergelak sakan.

Isi Isi Penting
  • Video yang menggelikan hati itu viral di Internet!
  • Filter anak kucing bermata biru
  • Videonya itu menjadi viral di media sosial
  • Wajah saya adalah kucing

Video viral Hakim Roy Ferguson yang membuka prosiding maya Mahkamah Daerah Kehakiman ke-394 di Texas pada Zoom pada hari Selasa semalam, dia tidak menyangka akan bertemu dua peguam dan ‘anak kucing’.

Viral Video Seorang Peguam Berkata 'Saya Bukan Kucing' Setelah Tersilap Guna Filter Anak Kucing Di Zoom
Viral Video Seorang Peguam Berkata ‘Saya Bukan Kucing’ Setelah Tersilap Guna Filter Anak Kucing Di Zoom

Filter anak kucing bermata biru

Filter anak kucing bermata biru yang comel di sudut kanan bawah itu sebenarnya adalah peguam daerah , Rod Ponton yang ditutupi oleh filter zoom.

Di dalam video tersebut hakim Roy Ferguson berkata “Tuan Ponton, saya percaya anda telah menghidupkan filter dalam tetapan video anda.”

Ponton yang tidak menyangka hal itu akan berlaku, mengatakan bahawa pembantunya sedang berusaha memperbaiki tetapan zoom berkenaan.

“Saya ada di sini secara langsung, saya bukan kucing,” kata Ponton yang sedang keliru itu.

“Saya dapat melihatnya,” balas hakim Roy Fergusan.

IMPORTANT ZOOM TIP: If a child used your computer, before you join a virtual hearing check the Zoom Video Options to be sure filters are off. This kitten just made a formal announcement on a case in the 394th (sound on). #lawtwitter #OhNo @zoom_ushttps://t.co/I0zaj0wu6K

— Judge Roy Ferguson (@JudgeFergusonTX) February 9, 2021

Videonya itu menjadi viral di media sosial

Ketika videonya itu menjadi viral di media sosial, Ferguson menulis dalam tweetnya: “Petua penting Zoom: Sekiranya seorang kanak-kanak menggunakan komputer anda, sebelum anda menyertai pendengaran maya, periksa Pilihan Video Zoom untuk memastikan filter dimatikan.”

Ponton yang berusia 69 tahun memberitahu Reuters bahawa dia tidak pasti bagaimana filter itu muncul.

“Saya masuk ke komputer setiausaha saya untuk hadir pada perbicaraan ini melalui Zoom, dan ketika semua orang sudah sedia, hakim memanggil kes itu dan wajah semua orang seharusnya muncul di Zoom.

Viral Video Seorang Peguam Berkata 'Saya Bukan Kucing' Setelah Tersilap Guna Filter Anak Kucing Di Zoom

Wajah saya adalah kucing

“Wajah semua orang muncul kecuali saya. Wajah saya adalah kucing,” tambahnya lagi.

“Hakim membantu mengeluarkan saya dari filter dan perbicaraan diteruskan, jelasnya.

Hakim Ferguson menyebutnya sebagai ‘saat yang menyenangkan’.

“Semua orang yang terlibat menanganinya dengan penuh hormat dan peguam yang terlibat menunjukkan sikap yang positif,” katanya.

Ponnton juga berkata, “Jika hal ini terjadi pada saya hari ini, ianya boleh berlaku pada anda pada keesokkan harinya.” Syabas Ponton anda sememangnya kelakar.

Kredit; Astro Awani

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kewujudan Kekal Misteri, WHO Dakwa COVID-19 Bukan Berasal Dari Wuhan
Next Article TERKINI: 135 Kes Positif COVID-19 Baharu Dikesan Hari Ini Di Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?