• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen

Oleh
Ismail NA
4 Ogos 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Rupanya ramai yang berfikiran sama.

Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen. Menurut kata-kata orang tua, setiap individu di dunia ini mempunyai kembar berlainan ibu bapa di dunia ini. Hal ini juga digelar sebagai doppelganger dalam istilah Barat.

Isi Isi Penting
  • Rupanya ramai yang berfikiran sama.
  • “Ingatkan saya seorang sahaja yang fikir begitu,” – Netizen
  • Bagaimana rupa wajah sebenar Suei Mubachi?
  • Baca juga inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Abang Jo :

Siapa sangka, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari atau mesra disapa Abang Jo juga mempunyai ‘kembar’ di temasya Olimpik Tokyo 2020 seperti yang diperhatikan oleh netizen di laman Twitter.

Individu yang mirip Abang Jo tersebut adalah Suei Mabuchi, jurulatih terjun negara Jepun. Wajah miripnya itu boleh dikatakan hampir sama menyamai wajah Ketua Menteri Sarawak ketika beliau memakai pelitup separuh muka.

Seorang pengguna Twitter, @tuyan97 membuat ciapan bergambar yang menunjukkan paras rupa Suei yang mirip Abang Jo sewaktu acara saringan terjun 10 meter platform individu wanita hari ini di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun.

Am i looking at this correctly? Waduhh mirip sekali sama Abang Jo (CM Sarawak) #Olympics2021 #ganbattemalaysia #jooniichan pic.twitter.com/ekj5tHQMbo

— IanKnndy (@tuyan97) August 4, 2021

“Adakah apa yang saya lihat ini betul? Aduh, sangat mirip dengan Abang Jo (Ketua Menteri Sarawak),”

Twitter @tuyan97

Jika dibandingkan gambar antara Suei dan Abang Jo, boleh kami katakan bahawa wajah kedua-duanya memang saling tak tumpah! Cermin matanya dan gaya rambutnya juga seakan-akan sama.

Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen
Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen

Ciapan lelaki ini sekaligus menjadi bualan netizen sehingga mendapat 117 ulang ciap dan 132 tanda suka.

“Ingatkan saya seorang sahaja yang fikir begitu,” – Netizen

Susulan gambar jurulatih Jepun yang tular itu, netizen juga rata-ratanya bersetuju dengan ciapan tersebut sambil mengatakan bahawa mereka juga perasan dengan persamaan di antara kedua-dua personaliti ini.

Malah, ada yang juga yang mengatakan bahawa jelmaan Abang Jo di Jepun baru tular pada hari ini adalah suatu kebetulan memandangkan hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Abang Jo yang ke 71. Wahhh!

Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber : Twitter @tuyan97
Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber : Twitter @tuyan97
Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber : Twitter @tuyan97
Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber : Twitter @tuyan97
Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber : Twitter @tuyan97
Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber : Twitter @tuyan97
Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen
Sumber : Twitter @tuyan97

Bagaimana rupa wajah sebenar Suei Mubachi?

Gambar yang diambil oleh @tuyan97 ini bukanlah satu-satunya gambar yang menunjukkan wajah jurulatih Jepun ini mirip dengan Abang Jo. Beberapa keping gambar yang beredar di internet juga menunjukkan ciri fizikal yang sama. Contohnya seperti beberapa keping gambar Suei seperti berikut.

Sumber : The Sun
Sumber : The Sun

Walau bagaimanapun, jika dilihat menerusi gambar Suei yang tidak mengenakan pelitup separuh muka, wajahnya sedikit berbeza dengan CM Abang Jo. Hanya bentuk fizikal di bahagian atas wajahnya yang kelihatan mirip.

Sumber foto : The Asahi Shimbun via Getty Images

Malang buat Suei, kebanyakan anak buahnya tidak berjaya untuk memenangi sebarang pingat mahupun memasuki pusingan kelayakan yang selanjutnya dalam acara terjun dalam temasya Olimpik kali ini.

Buat CM Abang Jo pula, hari ini pastinya hari yang istimewa kerana tanggal 4 Ogos merupakan tarikh ulang tahun kelahirannya. Tahun ini (2021), CM Abang Jo genap berusia 71 tahun dan masih memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Baca juga inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Abang Jo :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hasrat Pelajar Ingin Mencari Liputan Internet Bertukar Tragedi Ngeri Apabila Maut Dilanggar Lari Di Sarikei
Next Article TERKINI: Sarawak Catat 7 Kluster Baharu, Kesemuanya Adalah Dari Daerah Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?