• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hasrat Pelajar Ingin Mencari Liputan Internet Bertukar Tragedi Ngeri Apabila Maut Dilanggar Lari Di Sarikei

Oleh
Husna Hazmi
4 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kenderaan yang melanggar masih belum lagi dapat dikenal pasti.

Hasrat Pelajar Ingin Mencari Liputan Internet Bertukar Tragedi Ngeri Apabila Maut Dilanggar Lari Di Sarikei. Dilaporkan bahawa, seorang pelajar perempuan disahkan meninggal dunia manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang belum lagi dikenal pasti, ketika sedang mencari liputan internet di Jalan Julau-Nanga Entabai di Bahagian Sarikei, pada Isnin lalu.

Hasrat Pelajar Ingin Mencari Liputan Internet Bertukar Tragedi Ngeri Apabila Maut Dilanggar Lari Di Sarikei
Hasrat Pelajar Ingin Mencari Liputan Internet Bertukar Tragedi Ngeri Apabila Maut Dilanggar Lari Di Sarikei

Dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan

Menurut Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam@Sulin Brayun, sewaktu kejadian yang dianggarkan pada kira-kira jam 9 malam itu, mangsa dikenali sebagai Kemalia Fran George, 17, sedang membonceng motosikal yang ditunggangi rakan lelakinya Feisyia Erwin Jeffery, 20 tahun.

“Semasa kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan bergerak lurus menuju ke sebuah kawasan tapak perumahan baharu untuk mencari liputan internet, (sebelum) motosikal itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan,” jelas beliau dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Hasrat Pelajar Ingin Mencari Liputan Internet Bertukar Tragedi Ngeri Apabila Maut Dilanggar Lari Di Sarikei

Disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Julau

Beliau berkata Kemalia Fran George disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Julau, manakala jenis dan nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar mereka masih belum dapat dikenal pasti.

DSP Andam juga turut berkata bahawa mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkuktan Jalan 1987.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Terdapat Pada Etnik Bidayuh, Darah Rare Lelaki Sarawak Ini Diterbangkan Untuk Seorang Ibu Di Johor Bahru Hanya Terdapat Pada Etnik Bidayuh, Darah Rare Lelaki Sarawak Ini Diterbangkan Untuk Seorang Ibu Di Johor Bahru
Next Article Wajah Jurulatih Terjun Jepun Yang Mirip Ketua Menteri Sarawak Ini Jadi Bualan Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?