• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Disindir Netizen Gara-Gara Review Laksa Sarawak ‘Terpesong’ Letak Telur Padi

Oleh
ILB - AI
14 Ogos 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Wanita Disindir Netizen Gara-Gara Review Laksa Sarawak 'Terpesong' Letak Telur Padi

“Peliknya siap letak telur padi”

Wanita Disindir Netizen Gara-Gara Review Laksa Sarawak ‘Terpesong’ Letak Telur Padi. Sebut sahaja laksa Sarawak, pasti terus terlintas di fikiran anda semangkuk bihun yang dibanjiri dengan kuah santan yang pekat dengan bau rempah ratus yang aromatik sehingga menusuk hidung.

Ditambah pula dengan pelbagai pilihan bahan sampingannya sehingga menjadikan semangkuk laksa tersebut meriah diwarnai dengan aneka topping yang menggiurkan.

Daripada telur goreng sehingga ke makanan laut bergred A, laksa Sarawak sesuai dimakan dengan apa-apa sahaja topping!

Wanita Disindir Netizen Gara-Gara Review Laksa Sarawak ‘Terpesong’ Letak Telur Padi. Kredit: Tiktok

Baru-baru ini, seorang ifluencer telah memuat naik sebuah video ulasan makanan menikmati laksa Sarawak di sebuah kedai makan yang terletak di Metrocity, Kuching.

Untuk review kali ini, beliau memesan laksa Sarawak special dengan ambal, udang dan telur padi sebagai toppingnya serta laksa Sarawak udang galah.

Wanita Disindir Netizen Gara-Gara Review Laksa Sarawak 'Terpesong' Letak Telur Padi

Namun, apa yang menarik perhatian apabila seorang individu telah meninggalkan komen di mana beliau mendakwa laksa Sarawak kini telah banyak ‘terpesong’ dan ‘murtad’.

Menurutnya, laksa Sarawak kini telah hilang keasliannya gara-gara terlalu banyak penambahan dek kerana terlalu mengikut cita rasa terkini.

Untuk info, telur padi merujuk kepada century egg iaitu telur itik yang diawet dengan beberapa campuran bahan seterusnya dibiarkan selama beberapa bulan sebelum boleh dinikmati.

Hairan dengan komen tersebut, beliau terus berkongsi kisah itu di Facebook. Pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Kredit: Facebook

Rata-rata netizen terhibur dengan komen individu yang menyifatkan hidangan itu sebagai ‘murtad’.

Tambah netizen, dalam perniagaan peniaga hendaklah kreatif mengolah sesuatu makanan itu selagi tidak menghilangkan elemen sebenar makanan itu.

Susulan itu, ramai juga warga Sarawak berkongsi kombinasi laksa Sarawak dan telur padi dikatakan antara gandingan yang paling terbaik.

Baca lagi artikel menarik:

Guna Nama Abang Jo Sebagai ‘Marketing’, Ini Penjelasan Dari Pemilik Gerai Laksa Sarawak
Kenapa Ada Orang Kata Rasa Laksa Sarawak Hampir Sama Seperti Mi Kari?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Sarawak Peroleh Insentif Sebanyak 30 Peratus Untuk Bayaran Balik PTPTN, Semak Sini Anak Sarawak Peroleh Insentif Sebanyak 30 Peratus Untuk Bayaran Balik PTPTN, Semak Sini
Next Article Bapa Dicekup, Jadikan Dua Anak Kandung Sebagai Hamba Seks

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?