• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Hina Hantaran Gadis Sabah Dan Sarawak, Sekali Kena ‘Sound’ Dengan Netizen

Oleh
ILB - AI
27 April 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Wanita Ini Hina Hantaran Gadis Sabah Dan Sarawak, Sekali Kena 'Sound' Dengan Netizen

“Dapat lah RM500 centu.”

Wanita Ini Hina Hantaran Gadis Sabah Dan Sarawak, Sekali Kena ‘Sound’ Dengan Netizen. Masyarakat di Sarawak dan Sabah masing-masing mempunyai adat tersendiri dalam soal perkahwinan. Ia adalah fakta yang diketahui bahawa semua anak perempuan dalam keluarga sangat berharga dan setiap budaya mempunyai cara hantaran mereka sendiri untuk perkahwinan.

Isi Isi Penting
  • “Dapat lah RM500 centu.”
  • “Kalau rasa 20k mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah.”
  • “Fikir kahwin perempuan Sabah murah kah?” – Netizen
  • Masyarakat di Sabah dan Sarawak mempunyai adat perkahwinan masing-masing

Untuk wanita ini pula, tindakannya yang menghinakan nilai hantaran gadis Sabah menerusi sebuah komen mengundang reaksi negatif bukan sahaja dari orang Sabah malah warga Sarawak.

Wanita Ini Hina Hantaran Gadis Sabah Dan Sarawak, Sekali Kena ‘Sound’ Dengan Netizen

“Kalau rasa 20k mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah.”

Komen wanita tersebut menjadi tular apabila seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa keping gambar berhubung dengan perkara itu. Ia tidak diketahui di mana asal komen berkenaan.

Kau ingat perempuan sabah sarawak harga 500 ..nak bandingkan ompuan sabah sarawak dengan kau ni ..eh jauh nya beza…

Posted by Mohd Iswandi on Monday, April 26, 2021
Kredit: Facebook

“Fikir kahwin perempuan Sabah murah kah?” – Netizen

Rata-rata netizen marah dengan wanita itu kerana mereka merasa terhina akibat komen berkenaan.

Kredit: Facebook

“Dia fikir kahwin dengan perempuan Sabah murah kah? Kira tiang rumah bah. 1 tiang rumah sudah RM1,000. Itu di Penampang. Kalau anak dia pandai sekolah, makin mahal lah bayarannya.”

“Ya, betul. Rumah panjang pun macam itu.”

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Masyarakat di Sabah dan Sarawak mempunyai adat perkahwinan masing-masing

Di Sabah dan Sarawak, setiap kaum mempunyai adat perkahwinan yang berbeza tetapi boleh tahan juga oh hantaran dan kos dia.

Contohnya, untuk kaum Kenyah di Sarawak, beberapa barangan harus disediakan. Antaranya adalah ‘keluma’ iaitu sejenis kain sarung untuk perempuan dari wakil pengantin perempuan, ‘baing puk’ iaitu sebilah parang yang hulunya berhiaskan bulu, ‘tawek’ iaitu gong di mana kedua-dua pengantin akan duduk diatasnya sewaktu persanding. Beberapa barangan lain akan ditetapkan oleh wakil pihak perempuan.

Perkahwinan kaum Kenyah. Kredit: Emaze

Bagi kaum Dusun di Kota Belud, wanita yang tidak pernah berkahwin akan mendapat hantaran mengikut nilai anak dara iaitu seekor kerbau besar (ini adalah hantara utama), seekor lembu beradik satu, seekor lembu dara (adat waris), seekor kerbau beradik satu, seekor kerbau dara (sebagai belanja dapur), dan wang tunai mengikut persetujuan keluarga. Nilai ini mesti lebih daripada RM500.00.

Perkahwinan kaum Dusun Tindal Kota Belud. Kredit: YouTube

Kebanyakan majlis perkahwinan masyarakat Dayak dan etnik lain di Sabah dan Sarawak akan memerlukan beberapa ekor babi dan/atau kerbau untuk disembelihkan sebagai hidangan semasa majlis perkahwinan. Ini adalah budaya masyarakat sejak turun temurun. Oleh itu, selain hantaran, pasangan yang akan kahwin itu perlu juga mempertimbangkan bajet untuk mendapatkan haiwan tersebut untuk upacara perkahwinan mereka.

Beberapa ekor kerbau dan/atau babi diperlukan untuk majlis perkahwinan sebilangan kaum di Sarawak dan Sabah. Kredit: Jokar Photography

Semoga wanita itu belajari sesuatu dari ini. Kesian pula wanita Sabah dipandang rendah macam tu je.

Baca lagi tentang adat-adat lain di Sarawak:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Simunjan Daerah Tunggal Di Sarawak Berstatus Hijau Setakat Hari Ini
Next Article Hanya Mampu Lambai Antara Sempadan Brunei Dan Limbang Untuk Lepaskan Kerinduan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?