• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Ini Tunjuk Jalan Alternatif Dari Miri Ke Limbang Tanpa Lalui Brunei, Mencabar Sungguh!

Oleh
Ismail NA
16 Julai 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Bukan calang-calang kereta boleh lalu jalan ini.

Wanita Ini Tunjuk Jalan Alternatif Dari Miri Ke Limbang Tanpa Lalui Brunei, Mencabar Sungguh! Baru-baru ini, kerajaan negara Brunei Darussalam telah mengenakan cas keluar masuk terhadap mana individu yang melintasi sempadan negara tersebut.

Isi Isi Penting
  • Bukan calang-calang kereta boleh lalu jalan ini.
  • Jalan alternatif pembalakan dari Simpang Beluru melalui kawasan Long
  • Tidak sesuai dilalui oleh kereta biasa, perlu guna ‘Hailak’
  • Ambil masa 10 hingga 12 jam perjalanan
  • Projek laluan alternatif Miri-Limbang melalui Gunung Buda telah dimulakan tahun lepas
  • Semoga jalan alternatif cepat siap
  • Baca lagi artikel lain :

Hal ini telah menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk Sarawak di bahagian Limbang dan Lawas kerana mereka terpaksa melalui negara tersebut untuk ke bahagian lain di Sarawak.

Apatah lagi cas untuk satu hala perjalanan adalah sebanyak BND 3 iaitu lebih kurang RM 9.21.

Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat laluan alternatif lain yang tidak melalui negara Brunei Darussalam untuk ke Limbang dan Lawas?

Sumber : FB Hellen Leyn

Jalan alternatif pembalakan dari Simpang Beluru melalui kawasan Long

Seorang wanita telah berkongsi video serta foto laluan alternatif dari Miri ke Limbang di laman Facebook nya. Perkongsian yang dikongsi oleh Hellen Leyn tersebut telah mendapat sebanyak 124 tanda suka dan 895 shares.

Sumber : FB Hellen Leyn

Menerusi foto yang dimuat naik, laluan alternatif tersebut bermula dari Bandaraya Miri menuju ke simpang Beluru. Kemudian, ia akan melalui kawasan pedalaman Long yang bermula dengan Long Lama, diikuti Long Melinau, Long Seridan, Long Napir, Nanga Medamit dan akhirnya ke Limbang.

Wanita Ini Tunjuk Jalan Alternatif Dari Miri Ke Limbang Tanpa Lalui Brunei, Mencabar Sungguh!
Sumber : FB Hellen Leyn

Untuk laluan menuju ke Lawas pula, anda boleh terus sahaja dari Long Napir ke Long Semadoh hingga ke Lawas.

Wanita Ini Tunjuk Jalan Alternatif Dari Miri Ke Limbang Tanpa Lalui Brunei, Mencabar Sungguh!
Wanita Ini Tunjuk Jalan Alternatif Dari Miri Ke Limbang Tanpa Lalui Brunei, Mencabar Sungguh!
Sumber : FB Hellen Leyn

Tidak sesuai dilalui oleh kereta biasa, perlu guna ‘Hailak’

Jalan alternatif ini sangat mencabar kerana ia bukanlah jalan raya yang sempurna sebaliknya ia hanyalah jalan raya bertanah kuning. Tambahan pula, ia sering dilalui oleh lori balak dan kenderaan berat menyebabkan keadaannya tidak sesuai dilalui oleh kereta biasa.

Posted by Hellen Leyn on Saturday, June 13, 2020

Kalau anda mahu menggunakan jalan ini, pastikan anda menggunakan kenderaan tahan lasak seperti kenderaan pacuan empat roda. Orang Sarawak biasa menyebut nya sebagai ‘Hailak’.

Keadaan bentuk muka bumi yang berbukit bukau juga menjadi salah satu faktor sulit untuk melalui jalan alternatif balak ini.

Posted by Hellen Leyn on Saturday, June 13, 2020

Ambil masa 10 hingga 12 jam perjalanan

Menurut saluran Youtube Jenetius Miun pula, perjalanan dari Miri ke Limbang menggunakan laluan alternatif balak ini mengambil masa selama lebih kurang 10 hingga 12 jam mengikut keadaan jalan.

Sumber : Youtube Jenetius Miun

Projek laluan alternatif Miri-Limbang melalui Gunung Buda telah dimulakan tahun lepas

Pada Jun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga merupakan ahli parlimen Limbang, Hasbi Habibollah mengesahkan bahawa laluan alternatif dari Miri ke Limbang adalah melalui Bawang Obor, Mentawai, Gunung Buda hingga ke Gunung Mulu.

Laluan alternatif tersebut mempunyai jarak sejauh 225 km dan telah dimulakan sejak tahun lalu. Kini, ia memasuki fasa pertama yang menghubungkan Bawang Obor ke Tanah Merah di Hulu Medamit hingga ke Gunung Buda. Namun, jalan yang menghubungkan Gunung Buda dan Gunung Mulu sejauh 30 km masih belum tersedia.

Wanita Ini Tunjuk Jalan Alternatif Dari Miri Ke Limbang Tanpa Lalui Brunei, Mencabar Sungguh!

Semoga jalan alternatif cepat siap

Tidak dinafikan bahawa laluan Miri ke Limbang dan Lawas melalui negara Brunei Darussalam adalah laluan yang paling pantas kerana hanya mengambil masa 2 jam sahaja.

Namun, halangan imigresen antara dua negara menyebabkan penduduk Limbang dan Lawas terbeban untuk menikmati kenyamanan pengangkutan ke negeri sendiri. Semoga kepayahan melalui jalan alternatif ini menjadi pembuka mata semua pihak agar ia berubah menjadi jalan raya bertar yang cantik dan lancar suatu hari nanti.

Baca lagi artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Syarikat Telko Enggan Sediakan Servis Di Luar Bandar, Sarawak Pohon Lesen Operasikan Sendiri
Next Article Kenali Cape Malay, Kaum Melayu Yang Hidup Di Afrika Selatan Kenali Cape Malay, Kaum Melayu Yang Hidup Di Afrika Selatan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?