• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Kongsi Jadi Mangsa Gangguan Seksual Oleh ‘Lelaki OKU’ Di Plaza Merdeka

Oleh
Aina Musa
17 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Wanita Kongsi Jadi Mangsa Gangguan Seksual Oleh 'Lelaki OKU' Di Plaza Merdeka

Diperkosa oleh lelaki berkerusi roda

Wanita Kongsi Jadi Mangsa Gangguan Seksual Oleh ‘Lelaki OKU’ Di Plaza Merdeka. Kejadian gangguan seksual bukan perkara yang boleh diambil mudah. Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang wanita berkongsi satu ciapan mengenai beliau telah menjadi mangsa gangguan seksual sekitar kawasan pusat beli belah di Kuching.

Namun, apa yang membuatkan isu ini lebih rumit adalah apabila diketahui bahawa lelaki yang melakukan gangguan seksual itu adalah seorang OKU (Orang Kurang Upaya).

Berdasarkan perkongsian itu, mangsa dikatakan seorang diri membeli-belah di dalam pusat beli-belah Plaza Merdeka dan beliau didekati oleh seorang lelaki OKU dengan berkerusi roda.

Wanita Kongsi Jadi Mangsa Gangguan Seksual Oleh 'Lelaki OKU' Di Plaza Merdeka
Wanita Kongsi Jadi Mangsa Gangguan Seksual Oleh ‘Lelaki OKU’ Di Plaza Merdeka. Kredit: damiaGOAT

Dikatakan, lelaki tersebut meminta pertolongan daripadanya untuk dibawa ke tandas. Mangsa dengan baik hati telah menolong lelaki tersebut tanpa menyangka bahawa dia akan menjadi mangsa gangguan seksual.

Modus operandi saspek

Berdasarkan modus operandinya, Lelaki itu meminta beliau dibawa ke tandas dan setelah sampai di sana, beliau melakukan serangan seksual ke atas mangsa. Tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut merupakan satu kesalahan yang sangat serius dan tidak dapat diterima akal.

Wanita Kongsi Jadi Mangsa Gangguan Seksual Oleh 'Lelaki OKU' Di Plaza Merdeka

Walaupun lelaki tersebut mempunyai kelemahan fizikal, namun tindakan yang dilakukannya merupakan satu kesalahan besar.

Menurut wanita itu, akibat takut dengan kejadian itu beliau bergegas ke kaunter pelanggan untuk memaklumkan perkara tersebut ke pihak atasan.

Mangsa mengalami trauma serius akibat daripada kejadian itu.

Ramai berkongsi diganggu lelaki yang sama

Paling menyedihkan, selepas berkongsi kejadian tersebut di Twitter, beberapa wanita telah tampil mendedahkan diganggu secara seksual oleh individu yang sama.

Akibat daripada kejadian itu, rata-rata netizen berkongsi mendedahkan mereka takut untuk berjalan seorang diri di kawasan sekitar itu.

Bukan itu sahaja, difahamkan lelaki itu turut melakukan perkara terkutuk disiang hari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Baca lagi artikel terkini:

Rugi RM 50K, Pelajar Wanita Universiti Dari Sabah Kena Scam ‘Kekasih’ Dalam Talian
330 Anggota Polis Dipindahkan, Kes Berkhalwat Dengan Pegawai Sudah Berkahwin Jadi Salah Satu Punca
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Unik Kepada Sarawak Sahaja, Ketahui 3 Tekstil Yang Terkenal Dari Sarawak Unik Kepada Sarawak Sahaja, Ketahui 3 Tekstil Yang Terkenal Dari Sarawak
Next Article 'Ustaz Madi' Kongsi Gambar Jelajah Sarawak, Tapi Kapsyennya Buat Netizen Terhibur ‘Ustaz Madi’ Kongsi Gambar Jelajah Sarawak, Tapi Kapsyennya Buat Netizen Terhibur

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?