• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bantal Beralih, Wanita Kongsi Pengalaman Misteri Menginap Di Hotel Kuching

Oleh
Ismail NA
19 April 2025
Kongsi
4 Min Bacaan

Pengalaman 3 hari 2 malam yang aneh

Bantal Beralih, Wanita Kongsi Pengalaman Misteri Menginap Di Hotel Kuching. Apakah yang akan anda lakukan sekiranya terdapat perkara ‘luar biasa’ yang berlaku di hotel tempat anda menginap? Adakah anda akan bersangka baik, atau melangkah 1,000 kaki terus?

Tular sebuah perkongsian di TikTok, seorang wanita yang bernama Umie Daud (@umie.daud) berkenaan menginap di sebuah hotel yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuching selama 3 hari untuk menghadiri kursus. Menurutnya, dia akan mengemas bilik berkenaan setiap kali sebelum turun menghadiri kursus.

Bantal Beralih, Wanita Kongsi Pengalaman Misteri Menginap Di Hotel Kuching

Bantal akan disandarkan pada kepala katil manakala selimut akan dilipat dengan kemas.

Bilik seperti dimasuki orang selepas kembali di sebelah petang

Namun, sekembalinya wanita berkenaan ke biliknya pada sebelah petang, dia mendapati bahawa biliknya dalam keadaan seperti dimasuki seseorang. Ujarnya lagi, bantal yang pada awalnya disandarkan pada kepala katil berada di atas katil, seolah-olah seperti ada yang sudah berbaring di atasnya.

Tidak cukup dengan itu, menjengah ke ruangan tandas, wanita tersebut mendapati bahawa terdapat najis yang tidak dipam sedangkan bilik berkenaan ditinggalkan dalam keadaan bersih.

Pada awalnya, wanita berkenaan mengesyaki bahawa berkemungkinan perbuatan tersebut dilakukan oleh staf housekeeping yang mungkin terlalu penat bekerja dan menumpang berehat di bilik berkenaan. Wanita berkenaan tidak kisah tetapi sedikit kurang senang tentang najis yang ditinggalkan begitu sahaja.

Tapi, betul ke manusia?

Pada hari terakhir, semasa menumpang sebuah kenderaan e-hailing ke lapangan terbang untuk pulang, beliau dinasihati oleh pemandu berkenaan untuk elakkan menginap di hotel berkenaan kerana hotel berkenaan dikatakan ‘berhantu’. Alangkah terkejutnya wanita berkenaan apabila mengetahui tentang hal tersebut, lalu menceritakan kejadian yang berlaku sepanjang berada di hotel berkenaan.

Pemandu tersebut terkejut namun hanya mampu ketawa. Kerana rasa curiga Umie memuncak, dia terus bertanya tingkat mana yang dikatakan ‘bermasalah’ – dan ternyata pemandu berkenaan memberitahu bahawa kejadian aneh sering berlaku di tingkat 8 hotel berkenaan.

Kebetulan sama pula dengan tingkat yang didiami olehnya! Aiyoo.

Sehingga ke hari ini, Umie masih tertanya-tanya sama ada kejadian tersebut benar-benar peristiwa aneh dan misteri atau sebenarnya kerana tingkah pekerja di hotel berkenaan. Namun, wanita ini sudah pun berikrar untuk tidak lagi menginap di hotel berkenaan untuk kunjungan yang akan datang.

‘Seminggu duduk hotel ni, ada anak kecil, alhamdulillah okay’ – Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan maklum balas yang bercampur. Ada yang sudah pernah menginap di sana namun tidak pernah mengalami apa-apa peristiwa aneh. Namun, ada juga netizen yang mengetahui keadaan asal bangunan tersebut sebelum bertukar menjadi hotel, menyatakan bahawa mereka tidak berani untuk menginap di sana.

Sumber: TikTok @umie.daud
Sumber: TikTok @umie.daud
Sumber: TikTok @umie.daud
Sumber: TikTok @umie.daud
Sumber: TikTok @umie.daud
Sumber: TikTok @umie.daud

Apa pendapat anda tentang kisah ini? Adakah anda pernah mengalami hal yang sama semasa menginap di hotel ini? Bagi mereka yang belum pernah menginap di sini, mungkin anda perlu cuba sekali untuk mengetahui kebenarannya. Kalau dah cuba, kongsikan di ruangan komen pula 😉

Baca juga kisah seram penyanyi, Ernie Zakri semasa menginap di sebuah hotel di Kuching

Ernie Zakri Kongsi Pengalaman Seram Menginap Di Sebuah Hotel Di Kuching

SUMBER :TikTok @umie.daud
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sewa Kereta di Sabah Sarawak: Ini Semua Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mula Memandu
Next Article Kakitangan Awam di Sibu Lebur RM600K Akibat Skim Pelaburan Palsu Media Sosial

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?