• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Rider Seram Dapat ‘Ibu Duit’, Ada Mantera Tarik Wang Atas Not RM10

Oleh
ILB - AI
22 Jun 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Wang kertas yang dipercayai ‘ibu duit’ digunakan untuk membayar pesanan makanan

Rider Seram Dapat Ibu Duit, Ada Mantera Tarik Wang Atas Not RM10. Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang individu mendedahkan penemuan sekeping wang kertas bernilai RM10, yang dipercayai dijadikan ‘ibu duit’ digunakan seseorang untuk membeli makanan.

Menerusi perkongsian Zulaika, yang juga seorang penghantar makanan, wang kertas tersebut ditulis dan dipenuhi dengan tulisan tangan menggunakan pen dakwat biru.

Mantera tarik wang yang ditulis dengan pen biru

“21.3.2001, pukul 13.23. Saya Sarifah Aloyah Hassan hari ini memberikan komitmen saya untuk menguruskan kamu dengan baik dan saya berjanji akan menggunakan kamu dan kawan-kawan kamu,” tulis pelanggan di wang tersebut.

“Untuk kebahagiaan saya, kesihatan saya, kekayaan saya, kejayaan dan untuk mendapatkan keberkatan dengan membantu orang lain yang memerlukannya.

“Dengan ini saya mengarahkan kamu untuk memanggil kawan-kawan kamu datang kepada saya Sarifah Aloyah Binti Hassan,” demikian coretan pada wang berkenaan.

Rider Seram Dapat Ibu Duit, Ada Mantera Tarik Wang Atas Not RM10
Sumber: TikTok

Dalam pada itu, menurut sumber, Zulaika mendakwa dia menerima wang itu daripada seorang pelanggan yang membayar tunai semasa penghantaran (COD).

“Duit diletakkan dalam sampul. Kita buka sampul kira dari atas macam tu saja. Hujung-hujung selepas selesai kerja, baru keluarkan… barulah nampak,” luahnya.

Pelbagai rekasi dari netizen, ada yang bimbang ‘ibu duit’ terlepas ke tangan rider berkenaan

Perkongsian Zulaika menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata netizen mengatakan bahawa seolah-olah mereka mengetahui dan memahami maksud disebalik wang yang dipenuhi tulisan itu.

“Ibu duit macam menjemput rezeki. Mungkin duit terakhir orang tu,” ujar pengguna media sosial tersebut.

“Orang tu pun satu hal, ada ibu duit tapi duit tak ada… macam mana nak ada duit,” kata pengguna media sosial yang lain pula.

Rider Seram Dapat Ibu Duit, Ada Mantera Tarik Wang Atas Not RM10
Sumber: TikTok

Ada juga kata takut terkena sihir

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyatakan bahawa ‘mantera’ yang tertulis itu boleh menyebabkan orang lain terkena sihir.

“Senang saja, kalau was-was… bakar. Kalau takut nak bakar sendiri, cari ustaz,” luah beberapa pengguna media sosail lagi.

Untuk makluman, umat Islam dilarang menggunakan barangan fizikal untuk menarik pelanggan, seperti beras, syiling, garam, dan sebagainya.

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan itu termasuk dalam perkara-perkara khurafat dan boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Terima Pesanan Makanan Jam 2 pagi, Pelanggan Nak Hisap Rider ‘Punya’
Bengang Dipanggil ‘Babi’ Oleh Customer Yang Tak Sabar, Cara Rider E-Hailing Ini Jawab Buat Netizen Terhibur
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ceroboh Rumah Pemain Bola Sepak Sabah, Bekas Kekasih Ditahan Ceroboh Rumah Pemain Bola Sepak Sabah, Bekas Kekasih Ditahan
Next Article Menyamar Sebagai Polis Untuk Curi Kereta, Seorang Lelaki Dari Kuching Dipenjara 3 Bulan Menyamar Sebagai Polis Untuk Curi Kereta, Seorang Lelaki Dari Kuching Dipenjara 3 Bulan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?