• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Maut Lepas Vaksinasi Di Miri, Keluarga Mahu Lihat Laporan Bedah Siasat KKM

Oleh
Husna Hazmi
16 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

‘Persoalan sama ada kematian ibunya itu adalah disebabkan vaksin atau kecuaian kakitangan perubatan’.

Wanita Maut Lepas Vaksinasi Di Miri, Keluarga Mahu Lihat Laporan Bedah Siasat KKM. Dilaporkan bahawa, keluarga Choo Fui Kian berusia 57 tahun yang telah meninggal dunia pada 26 Jun lalu setelah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Hospital Miri, merayu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar mengeluarkan laporan bedah siasat kepada mereka secepat yang mungkin kerana mereka ingin tahu punca sebenar kematiannya.

Isi Isi Penting
  • ‘Persoalan sama ada kematian ibunya itu adalah disebabkan vaksin atau kecuaian kakitangan perubatan’.
  • Tidak menunjukkan sebarang tanda sakit ketika ke pusat vaksinasi di hospital
  • Meminta pihak berkuasa kesihatan untuk mendedahkan keputusan bedah siasat
  • Bertindak dengan menulis surat kepada Ketua Pengarah Kesihatan
  • Kesan sampingan itu perlu wujud dalam tempoh tiga bulan vaksinasi
Wanita Maut Lepas Vaksinasi Di Miri, Keluarga Mahu Lihat Laporan Bedah Siasat KKM
Wanita Maut Lepas Vaksinasi Di Miri, Keluarga Mahu Lihat Laporan Bedah Siasat KKM

Tidak menunjukkan sebarang tanda sakit ketika ke pusat vaksinasi di hospital

Menurut Chu Siew Tzen dalam sidang media di Miri hari ini, keluarganya masih lagi belum dapat menerima keadaan di sebalik kematian adik perempuannya kerana beliau tidak menunjukkan sebarang tanda sakit ketika ke pusat vaksinasi di hospital itu.

“Kami benar-benar tidak dapat menerima perkara ini sehingga sekarang dan kami masih menunggu KKM untuk memberikan laporan akhir kepada kami kerana kami perlu mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepadanya.

“Kami juga tidak dapat menerima bahawa dia disahkan mengalami serangan jantung. Walaupun serangan jantung terjadi padanya, dia tidak menunjukkan simptomnya dan dia kelihatan agak normal ketika dia pergi melakukan vaksinasi di dewan tersebut, ”katanya pada sidang media hari ini.

Wanita Maut Lepas Vaksinasi Di Miri, Keluarga Mahu Lihat Laporan Bedah Siasat KKM
Kredit gambar: Alan Ling

Meminta pihak berkuasa kesihatan untuk mendedahkan keputusan bedah siasat

Anak perempuan Choo, Sim Geok Wei pula telah membuat laporan polis selepas kejadian tersebut berlaku dan beliau turut meminta pihak berkuasa kesihatan untuk mendedahkan keputusan bedah siasat.

“Ini merupakan kes khas dan KKM tidak sepatutnya mengambil masa yang terlalu lama untuk mengeluarkan laporan,” katanya sambil menambah persoalan akan berterusan sama ada kematian ibunya itu adalah disebabkan vaksin atau kecuaian kakitangan perubatan.

Senator Alan Ling, yang menganjurkan sidang media itu berkata, bedah siasat Choo Fui Khian dijalankan pada 27 Jun lalu.

Ling, yang turut menggesa hasil bedah siasat dikeluarkan segera, berkata laporan tersebut bukan sahaja akan menjawab soalan keluarga itu, tetapi turut meredakan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Wanita Maut Lepas Vaksinasi Di Miri, Keluarga Mahu Lihat Laporan Bedah Siasat KKM

Bertindak dengan menulis surat kepada Ketua Pengarah Kesihatan

Beliau juga akan bertindak dengan menulis surat kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semula selepas tidak mendapat respons daripada surat pertamanya yang menggesa perhatian khusus diberikan kepada kes itu.

Beliau berkata, keluarga itu mahu laporan telus secepat yang mungkin supaya mereka boleh memfailkan tuntutan pampasan.

Ling juga turut menambah bahawa rakyat boleh mengemukakan tuntutan daripada dana bantuan kewangan khas kesan Covid-19, jika saudara mara mereka mengalami kesan sampingan serius daripada vaksinasi.

Beliau berkata bahawa, RM50,000 akan dibayar kepada mereka yang mengalami kesan sampingan serius dan menjalani rawatan jangka panjang di hospital, serta RM500,000 jika kes membabitkan ketidakupayaan kekal atau kematian.

Wanita Maut Lepas Vaksinasi Di Miri, Keluarga Mahu Lihat Laporan Bedah Siasat KKM

Kesan sampingan itu perlu wujud dalam tempoh tiga bulan vaksinasi

Kesan sampingan itu perlu wujud dalam tempoh tiga bulan vaksinasi, katanya sambil menambah tuntutan itu boleh dibuat dalam tempoh setahun dan laporan bedah siasat diperlukan jika membabitkan kematian. Ling, bagaimanapun menjelaskan, pampasan ialah perkara kedua buat keluarga Choo.

“Kebimbangan utama mereka merupakan untuk mendapatkan laporan itu dan mengetahui keputusannya,” kata beliau sambil menambah setakat ini, hanya pengarah kesihatan Sarawak yang mengeluarkan kenyataan.

“Penemuan siasatan awal nampaknya menyalahkan tanda serangan jantung si mati, yang agak berat sebelah dan telah menyebabkan anggota keluarga merasa amat kecewa,” tambah beliau.

Beliau berkata perkara ini akan dibangkitkan dalam sidang Dewan Negara pada bulan hadapan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Suspek Kes Bunuh Ahli Politik Bill Kayong Berjaya Diberkas Setelah 6 Tahun Diburu
Next Article Solat Sunat Aidiladha Di Sarawak Dibenarkan, Tiada Aktiviti Ziarah Dan Ibadah Korban Akan Ditangguh

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?