• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suspek Kes Bunuh Ahli Politik Bill Kayong Berjaya Diberkas Setelah 6 Tahun Diburu

Oleh
Ismail NA
16 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Suspek melarikan diri sebaik sahaja pembunuhan Bill Kayong 6 tahun lalu.

Suspek Kes Bunuh Ahli Politik Bill Kayong Berjaya Diberkas Setelah 6 Tahun Diburu. Pada tanggal 21 Jun 2016, jam 9 pagi, semasa sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat Pasaraya Emart, Kuala Baram, Miri, Bill Kayong, seorang ahli politik, setiausaha politik dan aktivis hak tanah masyarakat Dayak di Sarawak telah ditembak mati di bahagian leher dan muka dalam kenderaannya.

Isi Isi Penting
  • Suspek melarikan diri sebaik sahaja pembunuhan Bill Kayong 6 tahun lalu.
  • ‘Batu Ming’ diberkas setelah diusir dari China
  • Bill Kayong telah menerima ugutan bunuh sejak setahun sebelum kematiannya
  • Baca juga :

Ahli politik tersebut ditembak oleh seorang lelaki dari luar kenderaan Bill Kayong. Beliau meninggal di usia 43 tahun, meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak.

Hari ini, media tempatan melaporkan bahawa salah seorang suspek yang melarikan diri dalam kes pembunuhan ahli politik Miri berkenaan telah berjaya diberkas setelah 6 tahun diburu oleh pihak polis.

Suspek Kes Bunuh Ahli Politik Bill Kayong Berjaya Diberkas Setelah 6 Tahun Diburu
Arwah Bill Kayong atau turut dikenali dengan nama Muhamad Asbi Abdullah yang mati dibunuh pada 21 Jun 2016.

‘Batu Ming’ diberkas setelah diusir dari China

Suspek, Koong Siang Ming @ Batu Ming, 26 tahun, kini berada dalam tahanan lokap Balai Polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Miri jam 1.55 petang tadi. Beliau diterbangkan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Miri oleh Unit Penerbangan PDRM.

6 tahun yang lalu, Koong Siang Ming dikenal pasti sebagai salah seorang daripada 5 suspek yang terlibat dalam pembunuhan Bill Kayong. 4 daripada telah berjaya diberkas tidak lama kemudian termasuk penembak Bill, Muhamad Fitri Pauzi dan seorang taikun perladangan, Datuk Stephen Lee Chee Kiang.

Suspek Kes Bunuh Ahli Politik Bill Kayong Berjaya Diberkas Setelah 6 Tahun Diburu
Suspek Kes Bunuh Ahli Politik Bill Kayong Berjaya Diberkas Setelah 6 Tahun Diburu. Koong Siang Ming @ Batu Ming (berbaju biru) semasa dibawa oleh polis tengah hari tadi.

Walau bagaimanapun, Batu Ming berjaya bersembunyi dan kemudian melarikan diri ke China selama 5 tahun. Beliau baru-baru ini diusir dari China oleh penguatkuasa negara berkenaan apabila passport yang dimiliki oleh Batu Ming telah tamat tempoh.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Bill Kayong telah menerima ugutan bunuh sejak setahun sebelum kematiannya

Untuk pengetahuan anda, Bill Kayong merupakan seorang ahli politik dan aktivis yang giat dalam mempertahankan hak tanah masyarakat Dayak di kawasan Miri. Beliau dipercayai dibunuh kerana penglibatannya dalam pertelingkahan isu rampasan tanah oleh syarikat perladangan di Sungai Bekelit, Miri.

Sejurus sebelum kejadian, Bill menyedari terdapat sebuah kenderaan Toyota berwarna hijau mengekorinya dari arah belakang. Arwah segera menelefon ahli politik yang juga merupakan individu yang menjadi tempat beliau berkhidmat dalam karier politik Bill, Dr. Michael Teo untuk memberitahu tentang perkara berkenaan.

Dr. Michael Teo hanya sempat memberitahu Bill bahawa mereka berdua perlu melindungi diri sendiri dan membeli sebilah pisau, masing-masing untuk kegunaan mereka berdua sebagai langkah keselamatan.

Lapor sebuah laman sesawang Faces of Assasination, Bill mula menerima ugutan bunuh lebih kurang setahun sebelum pembunuhannya. Ugutan tersebut kebanyakannya datang dari individu yang berkait dengan pengarah sebuah syarikat perladangan.

Daripada 5 suspek yang ditangkap berkaitan kes bunuh tersebut, hanya seorang yang didapati bersalah iaitu bouncer kelab malam, Muhamad Fitri Pauzi yang merupakan penembak Bill Kayong. Muhamad Fitri dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2018.

Suspek Kes Bunuh Ahli Politik Bill Kayong Berjaya Diberkas Setelah 6 Tahun Diburu
Muhamad Fitri Pauzi, suspek utama pembunuhan Bill Kayong.

3 yang lain pula dilepaskan setelah pihak mahkamah mendapati tiada bukti yang mencukupi untuk mensabitkan mereka ke atas pembunuhan Bill Kayong.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keputusan Permohonan Kemasukan IPTA Bagi Lepasan SPM Dikeluarkan Hari Ini
Next Article Wanita Maut Lepas Vaksinasi Di Miri, Keluarga Mahu Lihat Laporan Bedah Siasat KKM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?