I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Wanita Maut Selepas Rempuh Penghadang Jalan Di Bintangor

Oleh Aina Musa
3 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Wanita Maut Selepas Rempuh Penghadang Jalan Di Bintangor

Mangsa dikatakan terlibat dalam kemalangan kendiri

Wanita Maut Selepas Rempuh Penghadang Jalan Di Bintangor. Seorang wanita maut manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas kereta model Toyota Vios yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan di Jalan KJD malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Everly Emilya Epah berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.

Wanita Maut Selepas Rempuh Penghadang Jalan Di Bintangor
Wanita Maut Selepas Rempuh Penghadang Jalan Di Bintangor. Sumber: PGO Sarawak

Dua lagi mangsa iaitu lelaki berusia 25 tahun mengalami kecederaan di tangan kiri manakala seorang lagi wanita berusia 19 tahun mengalami patah kaki kiri.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.15 malam.

Tiba di lokasi kejadian ujarnya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta yang melanggar penghadang jalan.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat seorang mangsa wanita masih tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, manakala pemandu berjaya keluar sendiri dari kereta manakala seorang lagi penumpang di bahagian belakang berjaya dikeluarkan oleh pihak ambulan,” jelasnya.

Pihak bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa tersebut telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan KKM.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Pihak bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja pembersihan jalan di kawasan kemalangan sebelum bertolak balik ke balai.

Baca lagi artikel menarik:

Tragedi Gawai, Kebakaran Musnahkan Rumah Panjang Ugop Umpin Di Bintulu
Padah Curi Kabel, Tiga Lelaki Akhirnya Ditahan Di Bintulu
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sabah Galakan Pembayaran Secara Cashless Bagi Memudahkan Transaksi
Next Article Pengalaman Dengan GXBank: Pulangan Tunai Lumayan dan Perbankan Mudah Alih Pengalaman Dengan GXBank: Pulangan Tunai Lumayan dan Perbankan Mudah Alih

Advertorial

5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?