• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sabah Galakan Pembayaran Secara Cashless Bagi Memudahkan Transaksi

Oleh
Farisha
3 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Pembayaran cashless banyak manfaat iaitu mudah, cepat dan selamat digunakan

Kerajaan Sabah Galakan Pembayaran Secara Cashless Bagi Memudahkan Transaksi. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggalakkan rakyat Sabah untuk mengamalkan pembayaran tanpa tunai (cashless) bagi memudahkan transaksi, menggalakkan penggunaan teknologi terkini, dan meningkatkan ekonomi tempatan.

Beliau menekankan bahawa kerajaan Negeri sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai bagi kutipan hasil negeri, termasuk pembayaran lesen, permit dan perkhidmatan awam.

Kerajaan Sabah Galakan Pembayaran Secara Cashless Bagi Memudahkan Transaksi
Kerajaan Sabah Galakan Pembayaran Secara Cashless Bagi Memudahkan Transaksi

Inisiatif ini bukan sahaja untuk aplikasi Sabah Pay, malah memudahkan transaksi kawasan luar bandar

Inisiatif tersebut termasuklah aplikasi Sabah Pay yang dilancarkan oleh Perbadanan Kredit Sabah, dan inisiatif terbaru, You Only Need One (YONO).

Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan transaksi harian tetapi juga menangani isu-isu yang telah lama wujud seperti kekurangan ATM di kawasan luar bandar.

“Untuk memastikan pembayaran tanpa tunai memberi manfaat kepada semua rakyat, kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan komited untuk menyediakan infrastruktur komunikasi yang diperlukan,” katanya, menurut sumber.

Hajiji menyatakan bahawa bagi menyelaraskan inisiatif ini, usaha dipertingkatkan untuk mempercepatkan penyiapan 398 menara telekomunikasi di seluruh negeri melalui Pelan Rangkaian Digital Negara (JENDELA).

Pembayaran digital boleh membawa ekonomi lebih cekap dan selamat

“Usaha kerajaan negeri ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menunjukkan komitmen kami untuk membawa pembangunan dan kemajuan, khususnya dari segi teknologi terkini,” katanya.

“Mengamalkan pembayaran digital boleh membawa kepada ekonomi yang lebih cekap dan telus. Oleh itu, usaha berterusan Agrobank untuk memperkenalkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di Sabah amat dihargai.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Serikin Jadi Pasar Sempadan Pertama Di Malaysia Perkenal Sistem Pembayaran Secara Cashless
Pantas Dan Mudah, Individu Ini Kongsi 4 Kad Untuk Pembayaran ‘Cashless’ Ketika Melancong
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024 Kenali Hyellene Danius, Pemenang Unduk Ngadau 2024
Next Article Wanita Maut Selepas Rempuh Penghadang Jalan Di Bintangor Wanita Maut Selepas Rempuh Penghadang Jalan Di Bintangor

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?