• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kurang Serasi Makanan Tempatan, Wanita Sabah Meninggal Dunia Di Korea Akibat Gastrik

Oleh
Farisha
5 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Gastrik Bukan Penyakit Biasa, Wanita Sabah Meninggal Dunia di Korea

Kurang Serasi Makanan Tempatan, Wanita Sabah Meninggal Dunia Di Korea Akibat Gastrik. Tiada apa yang lebih menyayat hati seorang ibu daripada menerima ‘kepulangan’ anak tersayang dalam keadaan yang tidak lagi bernyawa.

Sapina Hasan, 64, menyambut jenazah anaknya, Hanalin Datu Harun, 39, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini, selepas wanita itu meninggal dunia di Korea Selatan akibat masalah gastrik.

Kurang Serasi Makanan Tempatan, Wanita Sabah Meninggal Dunia Di Korea Akibat Gastrik
Kurang Serasi Makanan Tempatan, Wanita Sabah Meninggal Dunia Di Korea Akibat Gastrik

“Mak… Sakit aku ini mak… Mahu pulang sudah aku ini mak.”

Itulah kata-kata terakhir Hanalin dalam panggilan telefon kepada ibunya pada 21 November lalu. Namun, kepulangannya ke tanah air bukan seperti yang diimpikan, sebaliknya sebagai jenazah yang hanya mampu dilihat buat kali terakhir.

Hanalin meninggal dunia di sebuah hospital di Korea Selatan pada 24 November, dan urusan membawa pulang jenazahnya dipermudahkan dengan bantuan kerajaan serta pelbagai pihak.

Keceriaan yang Kini Tinggal Kenangan

Sapina menggambarkan Hanalin sebagai seorang yang ceria, disenangi keluarga dan rakan, serta ringan tulang. Pemergian anak kelimanya itu adalah kehilangan besar, tetapi dia reda dengan ketentuan takdir.

“Walaupun berat untuk terima hakikat ini, saya bersyukur urusan membawa jenazahnya pulang dipermudahkan. Banyak pihak yang membantu, dan saya amat berterima kasih,” katanya ketika ditemui di Maskargo, KKIA, menurut laporan media tempatan.

Kerap mengadu makanan di Korea terlalu pedas, sanggup beli makanan segera

Monalisa Datu Harun, 45, kakak sulung arwah, menggambarkan adiknya sebagai penyeri keluarga. Katanya, mereka sempat membuat panggilan video bersama sehari sebelum berita pemergian arwah diterima.

“Saya seperti tidak percaya berita kematiannya kerana kami baru sahaja berhubung,” kata Monalisa dengan nada sebak.

Monalisa turut memaklumkan bahawa arwah pernah mengalami masalah gastrik, tetapi ia biasanya terkawal. Bagaimanapun, sepanjang lebih empat bulan di Korea Selatan, arwah kerap mengadu kurang serasi dengan makanan tempatan yang dianggapnya terlalu pedas.

“Nalin lebih sanggup beli makanan segera daripada hidangan Korea. Saya tidak sangka gastriknya menjadi semakin teruk sehingga membawa kepada kematian,” katanya.

Jenazah Pulang ke Kampung Halaman

Jenazah Hanalin diterbangkan dari Incheon, Korea Selatan pada pagi Selasa (3 Disember) dan tiba di KKIA pada 12.50 tengah hari Rabu (4 Disember). Ketibaan jenazah disambut ahli keluarga serta kenalan rapat sebelum dibawa ke Masjid Hikmah Kampung Tengah Pekan Kinarut untuk disembahyangkan.

Jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Belud Sadok, Kinarut, dengan penuh rasa pilu dan penghormatan terakhir dari insan-insan yang menyayanginya.

Semoga roh Hanalin Datu Harun ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai graduan Sabah kematian bapa 15 minit sebelum naik pentas untuk konvokesyen:

Konvokesyen Bertukar Duka, Graduan Sabah Kematian Bapa 15 Minit Sebelum Naik Pentas
SUMBER :KupiKupi FM
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarapan Popular Malaysia, Nasi Lemak, Roti Canai Kini Diiktiraf UNESCO Sarapan Popular Malaysia, Nasi Lemak, Roti Canai Kini Diiktiraf UNESCO
Next Article Tular Petugas Kesihatan Di Sibu Dipaksa Kerja Setiap Hari, Netizen Luah Prihatin Tular Petugas Kesihatan Di Sibu Dipaksa Kerja Setiap Hari, Netizen Luah Prihatin

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?