• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Emas 82 Tahun Berkerusi Roda Gagah Redah Sungai Guna Bot Untuk Ke Pusat Vaksinasi Kuching

Oleh
Husna Hazmi
29 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kalau nenek ni sanggup redah sungai naik bot ambil vaksin, tiada alasan bagi kita yang muda ni taknak ambil vaksin kan?

Warga Emas 82 Tahun Berkerusi Roda Gagah Redah Sungai Guna Bot Untuk Ke Pusat Vaksinasi Kuching. Walaupun Najah Ahmad sudah berusia 82 tahun, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan (KK) Kampung Telaga Air, kira-kira 40 km daripada kampungnya.

Warga Emas 82 Tahun Berkerusi Roda Gagah Redah Sungai Guna Bot Untuk Ke Pusat Vaksinasi Kuching
Warga Emas 82 Tahun Berkerusi Roda Gagah Redah Sungai Guna Bot Untuk Ke Pusat Vaksinasi Kuching

Sedar betapa pentingnya untuk menerima vaksin COVID-19 tidak kira berapa usianya

Oleh kerana tiada laluan darat untuk ke pusat vaksinasi tersebut, Najah berkerusi roda menggunakan bot menelusuri muara sungai. Warga emas dari Kampung Sibu Laut ini sedar betapa pentingnya untuk menerima vaksin COVID-19 tidak kira berapa usianya bagi melindungi orang sekelilingnya.

“(Saya ambil vaksin) untuk menjaga (kesihatan) diri, keluarga dan orang ramai. Bersyukur jugalah sudah dapat (suntikan vaksin) hari ini,” katanya yang kelihatan tenang semasa menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.

Najah yang mesra dipanggil nenek itu adalah antara 14 penduduk Kampung Sibu Laut yang menunggu bot sejak awal pagi di jeti kampung itu untuk dibawa ke PPV di Kampung Telaga Air yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan menelusuri Sungai Sibu.

Warga Emas 82 Tahun Berkerusi Roda Gagah Redah Sungai Guna Bot Untuk Ke Pusat Vaksinasi Kuching
Gambar sekadar hiasan

Akses dari kampungnya ke PPV KK Telaga Air hanya mempunyai satu jalan iaitu laluan air

Menurut Ketua Kampung Sibu Laut Senep Yassin, 53, walaupun akses dari kampungnya ke PPV KK Telaga Air hanya mempunyai satu jalan iaitu laluan air, namun ia tidak menghalang mereka untuk menerima suntikan kerana menyedari kepentingan divaksin.

“Walaupun kami menghadapi kesukaran seperti yang terjadi kepada Najah kerana keuzuran dan berkerusi roda serta perlu diangkat untuk menaiki bot, tetapi saya tetap meminta mereka menunaikan tanggungjawab (menerima vaksin). Kami tidak boleh terlepas untuk suntikan vaksin,” kata Senep Yassin kepada Bernama.

Ketika ini, terdapat seramai 120 penduduk menetap di Kampung Sibu Laut yang merupakan kampung tradisi kaum Melayu yang telah wujud sejak 1820-an dan hampir 60 orang sudah pun mendapat suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong
Next Article TERKINI: Kes COVID-19 Di Sarawak Turun Mendadak, 242 Kes Positif Dilaporkan Pada Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?