• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong

Oleh
Nazihah AN
29 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong

Stoppp! Satu papan pemotong yang anda gunakan di rumah tu belum cukup, tau.

Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong. Setiap kali nak makan di gerai atau mana-mana restoran, mesti muncul perasaan ragu-ragu kan? Walaupun sekelumit perasaan ragu tu, memang tidak dinafikan perasaan tu akan wujud pada diri kita. Mesti ramai di antara kita lebih memilih untuk makan masakan rumah dari makanan luar. TETAPI, tahukah anda? Makanan di rumah juga belum tentu bersih walaupun kita sendiri yang masak.

Isi Isi Penting
  • Stoppp! Satu papan pemotong yang anda gunakan di rumah tu belum cukup, tau.
  • Di manakah silapnya? Haaa jawapannya ada pada papan pemotong di rumah anda!
  • Kesihatan kita amat penting, satu papan pemotong sahaja tak cukup
  • Lagi info bermanfaat di sini:

Di manakah silapnya? Haaa jawapannya ada pada papan pemotong di rumah anda!

Kita mesti nak yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarga kita, kan? Percaya atau tidak, dari papan pemotong yang ada dirumah kita boleh menyebabkan kita sendiri mengalami keracunan makanan.

Menurut Public Health Malaysia, penggunaan papan pemotong boleh menyebabkan keracunan makanan yang disebabkan oleh Salmonella dan Campylobacter. Anda boleh melihat pautan yang telah dimuat naik Public Health Malaysia di Facebook mereka:

Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong
penggunaan papan pemotong boleh menyebabkan keracunan makanan yang disebabkan oleh Salmonella dan Campylobacter

Kesihatan kita amat penting, satu papan pemotong sahaja tak cukup

Seeloknya, papan pemotong hendaklah dikategorikan kepada 3 atau 4, iaitu satu papan pemotong untuk bahan basah seperti daging, ayam dan ikan. Selain itu, sayur-sayuran dan buah- buahan juga dikategorikan dengan satu papan, dan papan yang ketiga untuk bahan roti dan kek. Papan pemotong yang terakhir, boleh digunakan untuk segala bahan-bahan yang kering yang lain.

Cara untuk membezakan setiap papan pemotong ada dua cara:

1. Anda boleh membezakan 3 papan dengan menggunakan warna untuk setiap papan pemotong tersebut. Warna merah boleh digunakan untuk memotong bahan mentah dan basah, manakala warna hijau, anda boleh gunakan untuk memotong sayur-sayuran dan buah-buahan. Dan warna biru untuk memotong bahan kering yang lainnya seperti makanan yang sudah dimasak.

Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong

2. Selain itu, anda juga boleh membezakan papan pemotong dengan simbol yang ada pada papan pemotong. Segelintir individu mempunyai masalah colourblind terutamanya untuk orang yang berusia. Oleh itu, anda boleh gunakan papan pemotong yang sudah sedia ada simbol untuk mengasingkan setiap papan tersebut.

Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong
Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong

Juga peringatan buat kita-kita, perhatikan juga papan pemotong untuk ayam goreng di mana-mana restoran.

Papan Pemotong Sama Punca Keracunan Makanan, Ini Cara Dari Pakar Untuk Asing Bahan Memotong

Semoga info ini dapat dipraktikkan untuk rutin harian kita sambil mengurangkan risiko kita dari terkena keracunan makanan.

Lagi info bermanfaat di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Tentang #KempenBenderaPutih
Next Article Warga Emas 82 Tahun Berkerusi Roda Gagah Redah Sungai Guna Bot Untuk Ke Pusat Vaksinasi Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?