• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Emas Ditangkap, Jual Rokok Dan Minuman Keras Tanpa Cukai Kastam Di Mukah

Oleh
ILB - AI
7 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

PGA Sibu tahan warga emas 71 tahun kerana jual rokok dan minuman keras

Warga Emas Ditangkap, Jual Rokok Dan Minuman Keras Tanpa Cukai Kastam Di Mukah. Ada orang di usia senja, mereka menikmati usia-usia tersebut dengan aktiviti bersama keluarga. Namun, tidak untuk seorang warga emas yang sudah berusia 71 tahun di Mukah ini.

Dalam Operasi Kontraban oleh Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu, warga emas ini telah disyaki dan ditahan kerana telah menjual rokok dan minuman keras di premis kedai miliknya.

Warga Emas Ditangkap, Jual Rokok Dan Minuman Keras Tanpa Cukai Kastam Di Mukah
Warga Emas Ditangkap, Jual Rokok Dan Minuman Keras Tanpa Cukai Kastam Di Mukah. Sumber gambar: FB Kisah Viral Mukah Oya Dalat Igan Balingian

Rokok dan minuman keras tanpa cukai kastam

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden Muhamad Rizal Alias, warga emas yang juga merupakan pemilik premis kedai tersebut telah menjual barang seperti rokok dan minuman keras tanpa cukai kastam.

Warga Emas Ditangkap, Jual Rokok Dan Minuman Keras Tanpa Cukai Kastam Di Mukah
Warga Emas Ditangkap, Jual Rokok Dan Minuman Keras Tanpa Cukai Kastam Di Mukah. Sumber gambar: FB Kisah Viral Mukah Oya Dalat Igan Balingian

Sewaktu ditangkap pada pukul 11.45 pagi di sebuah rumah kedai di Jalan Mukah-Oya, warga emas ini telah mengaku bahawa rumah kedai tersebut adalah miliknya yang dijadikan premis jualan.

Gagal kemukakan dokumen sah, rampasan bernilai RM216,281

Hasil tangkapan dan rampasan mendapati bahawa warga emas ini memiliki pelbagai jenama rokok dan minuman keras di premis tersebut. Bahkan, warga emas ini juga gagal mengemukakan sebarang dokumen sah ke atas barangan tersebut.

Warga Emas Ditangkap, Jual Rokok Dan Minuman Keras Tanpa Cukai Kastam Di Mukah
Warga Emas Ditangkap, Jual Rokok Dan Minuman Keras Tanpa Cukai Kastam Di Mukah. Sumber gambar: FB Kisah Viral Mukah Oya Dalat Igan Balingian

Bukan itu sahaja, kesemua barang yang dianggarkan bernilai RM216,281 ini telah dirampas dan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk tindakan lanjut.

Kes ini juga akan disiasat di bawah Seksyen 135 (d) (1) Akta Kastam 1967 dimana jika disabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 sehingga tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai atau RM500,000 atau boleh juga dipenjara tidak kurang 6 bulan atau tidak lebih 5 tahun ataupun kedua-duanya sekali.

Ambik pengajaran supaya lepas ini kalau nak berniaga, kena berniaga dengan cara yang betul.

Boleh baca artikel lain yang menarik di bawah:

Pelanggan Wanita Ini Minta Tiktoker Sarawak Kongsi Wangian Serupa Tuala Wanita
Ambil Inisiatif Untuk Berhijrah Ke Johor, Anak Sarawak Ini Kini Memiliki Perniagaan Sendiri
SUMBER :FB Kisah Viral Mukah Oya Dalat Igan Balingian
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MetMalaysia Ramal Ribut Petir, Hujan Di Seluruh Negara Petang Ini
Next Article Mengandungi Racun Perosak, Mi Sedaap Korean Spicy Tidak Masuk Pasaran Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?