• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Warga Kenya Bolot Gelaran Juara Untuk Acara Kuching Marathon 2022

Oleh
ILB - AI
3 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Banyak penyertaan daripada luar negara

Warga Kenya Bolot Gelaran Juara Untuk Acara Kuching Marathon 2022. Selepas dua tahun menyepi kerana dunia dilanda virus covid, tahun ini menyaksikan Kuching Marathon kembali memeriahkan bandaraya Kuching lagi.

Dengan penyertaan yang cukup memberansangkan kerana banyak penyertaan daripada peserta luar negara berserta dengan keadaan cuaca hujan lebat di Kuching semalam, hal ini tidak menjadi penghalang untuk peserta memula dan menamatkan larian.

Warga Kenya Bolot Gelaran Juara Untuk Acara Kuching Marathon 2022
Warga Kenya Bolot Gelaran Juara Untuk Acara Kuching Marathon 2022. Sumber gambar: FB Kuching Marathon

Warga Kenya bolot juara untuk kategori terbuka

Tahun ini, Kuching Marathon juga menyaksikan gelaran juara keseluruhan untuk acara ini telah dibolot oleh warga Kenya untuk kedua-dua kategori lelaki dan wanita terbuka.

Warga Kenya Bolot Gelaran Juara Untuk Acara Kuching Marathon 2022
Warga Kenya Bolot Gelaran Juara Untuk Acara Kuching Marathon 2022. Sumber gambarL: BORNEO POST online

Anderson Saitoti Seroi telah menamatkan larian maraton 42 kilometer beliau dengan catatan masa 2 jam 32 minit 2 saat manakala Sheila Jepkosgei Chesang pula mengambil masa sebanyak 2 jam 59 minit 35 saat untuk menjayakan larian yang sama sehingga ke titik penamat.

Penyertaan sulung dan akan menyertai semula pada tahun akan datang

Bahkan, Kuching Marathon kali ini juga merupakan penyertaan sulung untuk mereka berdua. Menurut Anderson yang baru berusia 27 tahun, ini merupakan kali pertama beliau menjejak kaki di bumi Kenyalang sekaligus Malaysia hanya untuk menyertai maraton ini.

Selepas selesai acara penyampaian hadiah, Anderson dan Sheila sama-sama bersetuju bahawa mereka berdua pasti akan kembali memeriahkan acara ini pada tahun akan datang walaupun diakui bahawa maraton ini memiliki cabarannya tersendiri. Lebih-lebih lagi selepas 20 kilometer ke atas.

Kedua-kedua akan memulakan perjalanan ke Jakarta pula untuk acara mereka yang seterusnya sebelum kembali ke tanahair mereka sendiri. Semoga terus maju jaya untuk Anderson dan Sheila!

Baca artikel menarik di bawah untuk mengetahui tentang event yang diadakan di Kuching:

Tempat Ditukar, SunBear Festival Bakal Diadakan Di Sarawak Cultural Village Disember Ini
Penggemar Disko 70-an Dan 80-an? ‘Stayin’ Alive’ Bertema Disko Akan Diadakan 24 September Ini
SUMBER :FB Kuching MarathonBORNEO POST online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Santai Di Tasik Sambil Menikmati Milktea, Ketahui Chagee Kafe Yang Terbesar Di Kuching Santai Di Tasik Sambil Menikmati Milktea, Ketahui Chagee Kafe Yang Terbesar Di Kuching
Next Article Laluan Dua Hala Di Ulu Sebauh Bintulu Terputus Akibat Banjir Laluan Dua Hala Di Ulu Sebauh Bintulu Terputus Akibat Banjir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?