• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Waspada : Obor Obor Berbahaya Portuguese Man O’ War Ditemui Di Pantai Sematan

Oleh
ILB - AI
23 Februari 2020
Kongsi
4 Min Bacaan
Waspada : Obor Obor Berbahaya Portuguese Man O' War Ditemui Di Pantai Sematan

Hati-Hati Guys!

Kenali Obor Obor Portuguese Man O’ War Di Pantai Sematan Yang Berbahaya. Baru-baru ini, seorang warga Kuching telah terjumpa Portuguese Man O’ War di Pantai Abang Amin Sematan. Ia turut membawa beberapa reaksi daripada penduduk tempatan yang menasihatkan sama diri untuk berhati-hati ketika berjalan di tepi pantai Sematan atau bermandi-manda di dalam laut di pantai tersebut. Selain penemuan di Sematan, obor-obor ini pun telah dilaporkan muncul di perairan dan pantai Terengganu! Berikut adalah fakta mengenai obor-obor Portuguese Man O’ War dan mengapa kita perlu berhati-hati dengan obor-obor tersebut.

Apakah Obor-Obor Portuguese Man O’ War?

Kebiasaannya, orang menganggap obor-obor Portuguese Man O’ War adalah sejenis jellyfish tetapi sebenarnya tidak. Obor-obor ini merupakan siphonophore, haiwan yang terdiri daripada koloni organisma yang bekerjasama. Ia terdiri dari empat polip berasingan dan mendapatkan namanya dari polip yang paling tinggi iaitu pundi kencing yang dipenuhi gas atau pneumatophore, yang terletak di atas air, bagai menyerupai kapal perang lama yang tengah belayar. Man O’ War juga dikenali sebagai bluebottles kerana warna pneumatophore mereka yang berwarna ungu-biru.

Waspada : Obor Obor Berbahaya Portuguese Man O' War Ditemui Di Pantai Sematan

Tentakel yang ada di obor-obor ini adalah organisme kedua. Tendrilnya panjang dan nipis dan boleh melanjut sepanjang 165 kaki ke bawah permukaan air, tetapi kebiasaannya ia sepanjang 30 kaki. Yang membawa sengatan adalah setiap tendril dilindungi oleh nematocysts untuk melumpuhkan dan membunuh ikan dan haiwan kecil yang lain.

Perbandingan kepanjangan Man O’ War dengan Ketinggian Manusia. Kredit: National Geographic

Sengatan Yang Sangat Menyakitkan

Sengatan Man O’ War beracun dan boleh membawa maut akibat ribuan nematocysts pada tentakelnya. Ia boleh menyebabkan kesakitan yang terus pada mangsa-mangsanya.

Tentakel Man O’ War. Kredit: The Kid Should See This

Bagi manusia, sengatan daripada Portuguese Man O’ War memang tentu sangat sakit tetapi ia jarang membawa kematian kepada manusia. Namun, anda masih perlu awas apabila menghampiri obor-obor ini, terutamanya ketika ia dibasuh ke pantai sebab ia masih dapat menyampaikan sengitan yang sangat sakit! Ini diperburukkan lagi dimana tiada penawar yang tersedia ada untuk manusia yang diracun oleh obor-obor ini, dan pakar perubatan hanya boleh memberi painkiller untuk melegakan kesakitan.

Kesan daripada sengatan Man O’ War. Kredit: Reddit

Di Mana Selalunya Portuguese Man O’ War Ditemui?

Obor-obor ini boleh ditemui di Lautan Pasifik dalam kumpulan, biasanya dalam ribuan, namun baru-baru ini, ia mula muncul di perairan Thailan, Kuantan, Pulau Tioman, dan Sabah. Menurut Jabatan Perikanan, fenomena ini berlaku disebabkan oleh arus deras musim tengkujuh di pantai timur.

Ini turut menjawabkan persoalan mengapa beberapa Man O’ War dijumpai dibasuh ke pantai Sematan, walaupun tidak berasal dari laut tersebut.

Waspada : Obor Obor Berbahaya Portuguese Man O' War Ditemui Di Pantai Sematan
Kredit: Thoughtco

Sememangnya Cantik, Tetapi Bahaya Disentuh

Sekiranya anda terjumpa obor-obor ini di pantai Sematan nanti, jangan sentuh obor-obor tersebut dengan tangan anda! Walaupun sudah dinyatakan oleh National Geographic obor-obor ini jarang membawa maut ke manusia, anda harus berwaspada juga kerana racun yang ada di tentakel nya cukup menyakitkan dan tiada penawar untuk racun tersebut. Buat masa ini, elak bermandi di dalam laut untuk mengelak diri daripada disengat oleh Portuguese Man O’ War.

Waspada : Obor Obor Berbahaya Portuguese Man O' War Ditemui Di Pantai Sematan
Kredit: Costa News
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jerebu Kembali Ke Miri, Dikatakan Berasal Dari Kebakaran Hutan Jerebu Kembali Ke Miri, Dikatakan Berasal Dari Kebakaran Hutan
Next Article Nak Bercuti Ke Oversea? Rebut Tambang Percuma AirAsia X Ini Sekarang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?