• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Wira Negara Tumpas, Doktor Meninggal Dunia Kerana Terlalu Penat Rawat Pesakit COVID-19

Oleh
Husna Hazmi
20 Januari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Seorang Frontliner negara meninggal dunia akibat terlalu penat merawat pesakit COVID-19.

Wira Negara Tumpas, Doktor Meninggal Dunia Kerana Terlalu Penat Rawat Pesakit COVID-19. Seorang doktor yang merupakan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia pada Isnin dipercayai akibat kepenatan.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia (SPJM), Dr Ali Noor Hassan adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti SPJM sejak 2018.

“Arwah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.

KEMATIAN AHLI SPJM PETUGAS FRONTLINER 😢⚰️💀انا لله وانا اليه راجعونKami baru menerima khabar kematian Almarhum Dr Ali…

Posted by Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia on Tuesday, January 19, 2021

“Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

“Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak,” menurut perkongsian di Facebook itu.

Wira Negara Tumpas, Doktor Meninggal Dunia Kerana Terlalu Penat Rawat Pesakit COVID-19
Wira Negara Tumpas, Doktor Meninggal Dunia Kerana Terlalu Penat Rawat Pesakit COVID-19

Gambar terakhir Allahyarham Dr Ali

Turut dimuat naik bersama ialah gambar terakhir Allahyarham Dr Ali yang diambil rakannya.

“Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani COVID-19.

“Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan,” kata keterangan pada entri berkenaan.

Menerusi beberapa hantaran di Facebook, difahamkan kesihatan Allahyarham mula merosot awal Disember lalu, sebelum menghembuskan nafas terakhir pada hari Isnin.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ingin Pertimbangan Adil, Sebuah Petisyen Mohon Agar Membenarkan Spa Dan Refleksologi Beroperasi Ingin Pertimbangan Adil, Sebuah Petisyen Mohon Agar Membenarkan Spa Dan Refleksologi Beroperasi
Next Article Cadangan Untuk Guna Keputusan Percubaan SPM Tak Sesuai, Dikatakan Tak Setaraf Dengan SPM Yang Sebenar Cadangan Untuk Guna Keputusan Percubaan SPM Tak Sesuai, Dikatakan Tak Setaraf Dengan SPM Yang Sebenar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?