• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Wujud Dalam Kitab Pelbagai Kepercayaan Sejak Ratusan Tahun, Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Tidak Jadi Isu Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
12 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Wujud Dalam Kitab Pelbagai Kepercayaan Sejak Ratusan Tahun, Penggunaan Kalimah 'Allah' Tidak Jadi Isu Di Sarawak

Penganut agama Kristian di seluruh negara boleh kekal menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataam Arab yang lain

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penganut Kristian di seluruh negara Malaysia boleh menggunakan kalimah ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Kaabah’, dan ‘solat’ dalam penerbitan agama untuk tujuan pendidikan.

Dengan syarat, setiap penerbitan harus mempunyai label ‘hanya untuk orang Kristian’ dan tanda salib di kulit depan buku tersebut.

Wujud Dalam Kitab Pelbagai Kepercayaan Sejak Ratusan Tahun, Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Tidak Jadi Isu Di Sarawak

Perkataan telah digunakan oleh masyarakat untuk tujuan pengajaran kerana telah digunakan lebih 400 tahun

Menurut laporan, keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan kebenaran untuk menggunakan kalimah berkenaan tidak memberi kesan kepada umat Islam di Sarawak. Sementara itu, undang-undang negeri tidak boleh menahan penganut Kristian untuk menggunakan kalimah tersebut dalam penerbitan pendidikan dan penggunaan harian mereka dalam amalan keagamaan mereka.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata,

“Di Sarawak, penganut Kristian telah lama menggunakan istilah” Tuhan Allah” dalam amalan agama mereka dan tidak pernah menimbulkan masalah di kalangan umat Islam di Sarawak.”

Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk mengizinkan penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Kaabah’ dan ‘solat’ pada penerbitan pendidikan Kristian. Namun, dengan syarat terdapat syarat label ‘hanya untuk orang Kristian’ dan tanda salib di kulit depan buku.

Perkataan ‘Allah‘ adalah perkataan Arab standard bagi ‘Tuhan’ dan digunakan oleh orang Kristian dan Yahudi yang berbahasa Arab dan juga oleh orang Islam.

Oleh itu, masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah “Allah” dalam Bahasa Malaysia dalam mengamalkan agama mereka sejak berabad-abad kerana perkataan itu ditulis dalam Alkitab, yang merupakan kitab suci versi Bahasa Malaysia bagi penganut Kristian.

Perkataan ‘Allah’ digunakan dalam alkitab versi BM dan Indonesia sejak berabad-abad.

Menurut Perkara 3, 8, 11 dan 12 dalam Perlembagaan Persekutuan

Dalam laporan berasingan, keputusan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi.

Menurut beliau, arahan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional. Perkara ini berkaitan dengan arahan yang diisyitharkan oleh Kementerian Dalam Negeri yang melarang kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Kristian pada 5 Disember 1986.

“Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Isu ini bermula 13 tahun lepas apabila Jill Ireland, seorang wanita etnik Melanau dan penganut Kristian dari Sarawak, memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 agar dikembalikan lapan CD yang dirampas daripadanya pada 11 Mei 2008, sebaik tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

CD tersebut bertajuk “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah”, “Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah” dan “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah”.

CD yang dirampas dari Jill Ireland pada 2008. Kredit: Borneo Today

Jill Ireland kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mencabar penyitaan CD berkenaan serta memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah “Allah” dalam penerbitan Kristian.

Beliau turut memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Kementerian Dalam Negeri pada 1986 yang melarang kalimah “Allah” dalam penerbitan Kristian sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Sarawak Keluarkan 39 Kompaun Hari Ini, 31 Daripadanya Adalah Di Kuching
Next Article ‘Alice’ Meninggal Dunia Setelah Parah Diserang Anjing Liar Di Rizab Semulajadi Piasau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?