• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Alice’ Meninggal Dunia Setelah Parah Diserang Anjing Liar Di Rizab Semulajadi Piasau

Oleh
Ismail NA
12 Mac 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kematian tragis seekor burung enggang betina.

‘Alice’ Meninggal Dunia Setelah Parah Diserang Anjing Liar Di Rizab Semulajadi Piasau. Di Sarawak, burung enggang merupakan spesis burung yang dilindungi sepenuhnya dan kebiasaannya dijaga dengan pemerhatian penuh di pusat rizab semulajadi. Antaranya ialah di Rizab Semulajadi Piasau (PNR), Miri.

Isi Isi Penting
  • Kematian tragis seekor burung enggang betina.
  • Burung enggang betina ini diserang anjing liar hingga kehilangan hampir keseluruhan ekornya
  • 3 pasangan burung sedang mengawan buat masa ini
  • Baca juga artikel lain di sini :

Namun demikian, satu perkhabaran duka diterima dari rizab semulajadi tersebut semalam apabila salah seekor burung enggang betina disahkan meninggal dunia. Burung enggang betina yang belum dikenal pasti tersebut cedera parah setelah diserang sekumpulan anjing liar di rizab tersebut. Burung enggang tersebut adalah salah seekor daripada burung enggang spesis Oriental Pied Hornbill (Anthracoceros albirostris).

SFC MOURNS THE LOSS OF ORIENTED-PIED HORNBILL IN PNRSarawak Forestry Corporation (SFC) mourns the tragic loss of an…

Posted by Sarawak Forestry Corporation on Thursday, March 11, 2021

Perkara tersebut disahkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) serta pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNR) Miri, Musa Musbah dalam sebuah hantaran di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Persatuan Pencinta Alam Malaysia telah dimaklumkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) tentang kematian burung enggang betina tersebut dan proses pengenalpastian burung tersebut masih dijalankan.

Kedua-dua pihak juga telah mengenal pasti terdapat nesting holes atau lubang sarang pada sebuah pokok di PNR.

Burung enggang betina ini diserang anjing liar hingga kehilangan hampir keseluruhan ekornya

Musa Musbah yang juga merupakan bekas renjer hidupan liar di SFC menjelaskan bahawa terdapat sekumpulan anjing liar menghampiri lubang sarang tersebut ketika burung betina tersebut berada di dalam sarang. Mereka kemudiannya mengheret burung tersebut keluar dari lubang sehingga menyebabkan burung betina tersebut cedera parah.

Burung enggang betina yang nazak kemudiannya dijumpai oleh orang awam dan kemudiannya dilaporkan kepada pegawai SFC yang bertugas. Pegawai SFC telah berjaya menghalau kawanan anjing tersebut namun burung tersebut cedera parah dengan hampir keseluruhan bahagian ekornya telah tiada. Burung tersebut dihantar ke veterinar namun meninggal dunia dalam perjalanan.

'Alice' Meninggal Dunia Setelah Parah Diserang Anjing Liar Di Rizab Semulajadi Piasau
‘Alice’ Meninggal Dunia Setelah Parah Diserang Anjing Liar Di Rizab Semulajadi Piasau
Sumber : FB MNS

Tambah Musa lagi, ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana isu anjing liar sebelum ini sudah diajukan namun ditentang hebat oleh kumpulan pencinta anjing. Oleh yang demikian, Majlis Bandaraya Miri tidak dapat meneruskan kerja-kerja untuk memindahkan anjing serta kucing liar di PNR.

Walau bagaimanapun, burung enggang betina tersebut dikhabarkan telah meninggal sejak 1 Mac yang lalu namun Musa hanya diberi kebenaran untuk memaklumkannya kepada orang awam semalam.

Dalam kenyataan berasingan oleh SFC, pihaknya telah melakukan langkah berjaga-jaga dengan sedaya upaya untuk meningkatkan keselamatan taman negara dan hidupan liar. Pihaknya juga telah bekerjasama dengan majlis bandaraya untuk memindahkan anjing dan kucing liar di PNR dan membina pagar untuk melindungi pokok dengan lubang sarang burung enggang.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membiarkan haiwan peliharaan masing-masing berkeliaran di Kawasan Terlindung Sepenuhnya.

'Alice' Meninggal Dunia Setelah Parah Diserang Anjing Liar Di Rizab Semulajadi Piasau
Sumber : PNR

3 pasangan burung sedang mengawan buat masa ini

Buat masa ini, terdapat 3 pasangan burung enggang yang sedang mengawan di dalam sarang di PNR. Antaranya ialah pasangan terkenal Jimmy dan Juliet, Jool dan Aboi serta satu pasangan yang belum dapat dikenalpasti.

Namun demikian, pihak PNR kini sedang mencari Anthony yang merupakan pasangan kepada Alice, yang disyaki merupakan burung enggang betina yang meninggal dunia ini.

RIP, Alice.

Baca juga artikel lain di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wujud Dalam Kitab Pelbagai Kepercayaan Sejak Ratusan Tahun, Penggunaan Kalimah 'Allah' Tidak Jadi Isu Di Sarawak Wujud Dalam Kitab Pelbagai Kepercayaan Sejak Ratusan Tahun, Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Tidak Jadi Isu Di Sarawak
Next Article Perlombongan Bitcoin Menjadi-Jadi, 2 Premis Curi Bekalan Elektrik Lombong Bitcoin Di Tawau Diserbu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?