• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Yeay Dah Boleh Hiking! Taman Negara Termasuk Di Kuching Sudah Dibuka Semula Untuk Kunjungan Umum

Oleh
Ismail NA
1 September 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Jangan lupa jaga SOP!

Yeay Dah Boleh Hiking! Taman Negara Termasuk Di Kuching Sudah Dibuka Semula Untuk Kunjungan Umum. Wah! Nampaknya taman negara di seluruh Sarawak sudah dibula semula untuk orang ramai beriadah dan melakukan rekreasi seperti jogging dan hiking. Senarai taman negara yang dibuka ini termasuklah taman negara yang terdapat di Kuching, Sarawak.

Isi Isi Penting
  • Jangan lupa jaga SOP!
  • 1. Rizab Semulajadi Sama Jaya
  • 2. Taman Negara Bako
  • 3. Taman Negara Tanjung Datu
  • 4. Taman Negara Gunung Gading
  • 5. Taman Negara Santubong
  • Rindu kan nak melancong? Jum baca dulu mana tempat best yang boleh masuk dalam bucket list :

Perkara ini diumumkan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) melalui laman Facebook rasminya. Menerusi pengumuman itu, pembukaan semula taman negara di Sarawak ini adalah berdasarkan SOP terkini Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 dan 2 yang bertarikh 13 Ogos 2021.

𝐀𝐍𝐍𝐎𝐔𝐍𝐂𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓! 📢📢📢We kindly refer to the Sarawak SOPs Pelan Pemulihan Negara 3 & 2, dated 13 August 2021.SFC would…

Posted by Sarawak Forestry Corporation on Monday, August 30, 2021

Untuk makluman anda, kesemua taman negara di seluruh Sarawak dibuka kepada umum sejak 13 Ogos yang lalu. Untuk taman negara yang berada di Kuching yang kini berada dalam Fasa PPN ke-2, beberapa taman negara juga sudah mulai dibuka untuk kunjungan umum. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Rizab Semulajadi Sama Jaya

  • Senaman fizikal dan jogging
  • Aktiviti rekreasi seperti melihat burung dan hidupan liar
  • Aktiviti kajian dan penggambaran
  • Kapasiti : 100 orang pada satu-satu masa

2. Taman Negara Bako

  • Aktiviti santai dan lasak, penyelusuran alam (ditemani atau tidak ditemani oleh pemandu taman negara)
  • Aktiviti melihat hidupan liar dan ekspedisi
  • Servis kafeteria/kedai taman/servis bot
  • Penggambaran komersial, kajian lapangan atau ekspedisi
  • Seminar/bengkel/kursus/latihan
  • Kunjungan di siang hari sahaja
  • Kapasiti : 100 orang pada satu-satu masa
Yeay Dah Boleh Hiking! Taman Negara Termasuk Di Kuching Sudah Dibuka Semula Untuk Kunjungan Umum
Yeay Dah Boleh Hiking! Taman Negara Termasuk Di Kuching Sudah Dibuka Semula Untuk Kunjungan Umum

3. Taman Negara Tanjung Datu

  • Aktiviti santai dan lasak, penyelusuran alam, menaiki bot, snorkeling dan menyelam skuba (ditemani atau tidak ditemani oleh pemandu taman negara)
  • Aktiviti melihat hidupan liar
  • Penggambaran komersial, kajian lapangan atau ekspedisi
  • Seminar/bengkel/kursus/latihan
  • Kunjungan di siang hari sahaja
  • Kapasiti : 50 orang pada satu-satu masa

4. Taman Negara Gunung Gading

  • Aktiviti santai dan lasak, penyelusuran alam (ditemani atau tidak ditemani oleh pemandu taman negara)
  • Aktiviti melihat hidupan liar dan ekspedisi
  • Penggambaran komersial, kajian lapangan atau ekspedisi
  • Seminar/bengkel/kursus/latihan
  • Kunjungan di siang hari sahaja
  • Kapasiti : 50 orang pada satu-satu masa
Yeay Dah Boleh Hiking! Taman Negara Termasuk Di Kuching Sudah Dibuka Semula Untuk Kunjungan Umum
Kredit foto : Viator

5. Taman Negara Santubong

  • Aktiviti santai dan lasak, penyelusuran alam (ditemani atau tidak ditemani oleh pemandu taman negara)
  • Pendakian gunung (sama ada dengan servis pemandu taman negara atau pun tidak)
  • Aktiviti melihat hidupan liar
  • Penggambaran komersial, kajian lapangan atau ekspedisi
  • Kapasiti : 50 orang pada satu-satu masa

Walau bagaimanapun, taman negara seperti yang disenaraikan di bawah masih ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

  1. Pusat Hidupan Liar Semenggoh
  2. Pusat Hidupan Liar Matang
  3. Taman Negara Kuching Wetland
  4. Taman Negara Talang Satang
  5. Taman Negara Kubah (ditutup sehingga 3 September 2021)

Bagi anda yang berhasrat untuk berkunjung ke taman negara yang telah dibuka ini, anda dinasihatkan untuk mematuhi SOP seperti yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak seperti memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di kawasan taman negara (kecuali semasa melakukan aktiviti fizikal), mematuhi penjarakan sosial 1 meter dan tiada perkumpulan. Jangan tak ikut pula!

Rancang perjalanan anda dan selamat berekreasi! Kekal selamat.

Rindu kan nak melancong? Jum baca dulu mana tempat best yang boleh masuk dalam bucket list :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Ugut Penggal Kepala Ibu Berusia 72 Tahun, Dijatuhkan Penjara Lapan Bulan Di Miri
Next Article Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?