• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan

Oleh
ILB - AI
2 September 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan

Tertuduh tidak memiliki pas imigresen yang sah

Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan. Dilaporkan bahawa seorang lelaki warga asing telah ditahan di Brunei dan dihukum penjara selama 8 bulan serta 3 kali sebatan atas kesalahan memasuki negara itu secara haram menerusi Sarawak.

Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan
Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan

Tertuduh ditahan bersama isterinya

Menurut laporan, tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan di mana tertuduh telah memasuki negara Brunei melalui Sarawak secara haram.

Sabtu Baha, berusia 43 tahun, diketahui telah berkahwin dengan seorang warga Brunei dan mempunyai 4 orang anak. Ia difahami bahawa sekeluarga itu tinggal di Kampung Menunggol, Brunei.

Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan
Suspek ditahan di rumahnya di Kampung Menunggol, Brunei. Gambar hiasan. Kredit: bn.geoview.info

Tertuduh ditahan semasa sebuah operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Brunei ke atas rumah mereka.

Setelah gagal mengemukakan dokumen perjalanan, tertuduh didapati tidak memiliki pas imigresen yang sah dan disyaki masuk secara haram ke negara itu.

Tertuduh dan isterinya kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Dihukum 8 bulan penjara dan 3 sebatan

Kedua-dua suspek di bawa ke Perkampungan Sukan untuk menjalani 14 hari pengasingan diri mandatori dan dibebaskan pada 27 Julai lalu.

Hasil siasatan JIPK Brunei mendapati bahawa tertuduh kali terakhir masuk ke Brunei pada April 2021 menaiki kapal dari Limbang, Sarawak namun gagal melapor kepada Pos Kawalan Imigresen dan Pegawai Imigresen bertugas.

Tertuduh kemudian telah tinggal bersama keluarganya di rumah berkenaan sejak April 2021.

Atas kesalahan memasuki negara itu secara haram, tertuduh dihukum penjara selama 8 bulan serta 3 kali sebatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen Bab 17 di hadapan Majistret Kanan, Ervy Sufitriana Abdul Rahman, di Brunei.

Masuk Brunei Dari Sarawak Secara Haram, Seorang Lelaki Dihukum Penjara 8 Bulan
Gambar sekadar hiasan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Yeay Dah Boleh Hiking! Taman Negara Termasuk Di Kuching Sudah Dibuka Semula Untuk Kunjungan Umum
Next Article Skuad Kenyalang Emas, Sarawak United FC Sahkan Slot Ke Liga Super Musim Hadapan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?