• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penyanyi Legend Malaysia, Zainal Abidin Buat Ramai Kagum Dengan Persembahan Mantap Di RWMF 2024

Oleh
Husna Hazmi
30 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Zainal Abidin di RWMF 2024

Penyanyi Legend Malaysia, Zainal Abidin Buat Ramai Kagum Dengan Persembahan Mantap Di RWMF 2024. Siapa yang tak kenal dengan artis legend dari Malaysia, Datuk Zainal Abidin yang telah menggegarkan Sarawak dengan persembahan mantapnya pada hari kedua Rainforest World Music Festival 2024.

Menjadi penyanyi penutup pada malam semalam, persembahan Datuk Zainal Abidin yang mantap buat ramai kagum dan gembira!

Penyanyi Legend Malaysia, Zainal Abidin Buat Ramai Kagum Dengan Persembahan Mantap Di RWMF 2024. Sumber foto: I Love Borneo

Peminat setia menunggu persembahannya

Walaupun hujan lebat melanda semalam sehingga persembahan terpaksa ditunda sementara, ribuan peminat penyanyi legend Malaysia setia menunggu persembahannya.

Zainal Abidin juga ada berkata bahawa, objektifnya mengadakan persembahan di RWMF adalah untuk menyampaikan mesej penting mengenai isu kemanusiaan dan alam sekitar yang melanda dirinya, keluarga dan negara.

Sebaik sahaja Datuk Zainal membuat persembahan, para peminat terus bersorak sambil menyanyi bersama lagu popular beliau iaitu ‘Hijau’.

Sebelum Zainal Abidin, pemuzik Sape dari Sarawak, Alena Murang turut memberikan persembahan bertenaga dengan beberapa lagu hitnya termasuk Lilin.

Sumber foto: FB Rainforest World Music Festival

Persembahan hari ketiga

Tiket buat Rainforest World Music Festival 2024 pada hari pertama dan hari kedua telah habis dijual. Untuk hari ketiga pula, persembahan menarik dari Havana Social Club, Tribal Tide, Salammusik, Alright Mela Meets Santoo, Bourbon Lassi, The Colour of Sound’s Malaysia bakal menggegarkan pentas festival malam ini.

Ketahui mengapa Zainal Abidin tolak buat persembahan di RWMF 20 tahun lalu:

Ini Sebab Kenapa Zainal Abidin Tolak Untuk Buat Persembahan Di RWMF 20 Tahun Lepas

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pakej Prabayar MySRBN Bagi Internet Percuma 300MB Untuk Penduduk Luar Bandar Sarawak MySRBN Bagi Internet Percuma 300MB Setiap Bulan Untuk Penduduk Luar Bandar Sarawak
Next Article Kontraktor Pelaksana JENDELA Kena Penalti, Gagal Siapkan Projek Di Pedalaman Sabah Sarawak Kontraktor Pelaksana JENDELA Kena Penalti, Gagal Siapkan Projek Di Pedalaman Sabah Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?