• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Sebab Kenapa Zainal Abidin Tolak Untuk Buat Persembahan Di RWMF 20 Tahun Lepas

Oleh
Nazihah AN
30 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Ini Sebab Kenapa Zainal Abidin Tolak Untuk Buat Persembahan Di RWMF 20 Tahun Lepas

20 Tahun Penantian Berbaloi: Zainal Abidin Kembali ke Pentas RWMF

Ini Sebab Kenapa Zainal Abidin Tolak Untuk Buat Persembahan Di RWMF 20 Tahun Lepas. Pada malam kedua Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 di Kampung Budaya Sarawak, pentas utama bergema dengan alunan lagu-lagu ikonik oleh penghibur terkenal negara, Datuk Zainal Abidin.

Meskipun hujan lebat turun sebelum persembahan bermula, ribuan peminat setia Zainal tetap sabar menunggu kemunculan penyanyi lagu evergreen, “Hijau.” Sebaik sahaja Zainal memulakan persembahannya, kawasan sekitar pentas utama bergema dengan sorakan peminat yang teruja.

Ini Sebab Kenapa Zainal Abidin Tolak Untuk Buat Persembahan Di RWMF 20 Tahun Lepas

Persembahan Zainal Abidin di RWMF yang tak boleh dilupakan

Dengan berbaju hujan dan berpayung kerana hujan renyai yang masih turun, ramai peminat menari mengikut rentak akustik dan getaran vokal Zainal. Penantian selama 20 tahun untuk melihat Zainal mengambil tempat di pentas RWMF ternyata berbaloi bagi ribuan peminatnya di Borneo dan seluruh dunia.

Malam itu lebih istimewa apabila Zainal turut mempersembahkan lagu baharunya, “Tiba Masa.” Cinta mendalam Zainal terhadap kemanusiaan dan alam sekitar, yang menjadi tema utama dalam muziknya, adalah faktor penting dalam keputusan lama dinantikan untuk menyertai RWMF tahun ini.

Kenapa Zainal Abidin tolak RWMF selama 20 tahun? Ini jawapan beliau..

Beliau mendedahkan bahawa beliau telah menunggu festival itu mencapai langkah-langkah bermakna dalam usaha pemeliharaan alam sekitar sebelum menerima jemputan mereka.

“Penganjur RWMF telah memanggil saya selama 20 tahun, tetapi saya enggan menyertai – saya menunggu masa yang tepat. Untuk saya berada di sini, saya perlu melihat perkembangan kesan alam sekitar festival ini sepanjang 20 tahun lalu,” kongsinya dalam satu sidang media di Kampung Budaya Sarawak hari ini.

Rupanya ramai peminat muzik Borneo membanjiri di Kampung Budaya Sarawak, baca sini:

Ribuan Hadir Meriahkan Rainforest World Music Festival 2024 Di Sarawak Kali Ini
Kerabat Diraja Selangor Dan Perak Antara VVIP Dijangka Hadir RWMF 2024 Pada 28 Hingga 30 Jun

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiga Pekerja Ladang Maut Selepas Jentera Traktor Jatuh Gaung Di Sabah Tiga Pekerja Ladang Maut Selepas Jentera Traktor Jatuh Gaung Di Sabah
Next Article Pelajar Boleh Mohon Laptop Percuma Dan Baucer Buku Dari Yayasan Sarawak Bermula 1 Julai Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?