• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Zapin Sindang, Warisan Seni Tarian Tradisional Sarawak

Oleh
Nazihah AN
8 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Ketahui Zapin Sindang, Warisan Seni Tarian Tradisional Sarawak

Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan budaya tarian Zapin Sindang

Ketahui Zapin Sindang, Warisan Seni Tarian Tradisional Sarawak. Apabila kita menyebut tentang tarian tradisional Melayu, Zapin seringkali menjadi antara yang paling dikenali. Namun, tahukah anda bahawa di Sarawak, terdapat satu bentuk tarian zapin yang mungkin ramai belum tahu.

Tarian Zapin Sindang, yang berasal dari Kampung Sindang di Kota Samarahan, bukan sekadar satu bentuk hiburan, tetapi ia adalah cerminan adat, dan budaya masyarakat Melayu Sarawak.

Ketahui Zapin Sindang, Warisan Seni Tarian Tradisional Sarawak

Ketahui Zapin Sindang, Warisan Seni Tarian Tradisional Sarawak

Tarian Zapin Sindang merupakan salah satu tarian tradisional yang berasal dari Kampung Sindang, Kota Samarahan, Sarawak. Tarian ini diasaskan oleh seorang penduduk kampung tersebut bernama Encik Nawi bin Hajimi. Pada asalnya, tarian zapin dibawa ke Malaysia oleh pedagang Arab dari Hadramaut, Yaman, sekitar abad ke-19​.

Zapin Sindang adalah unik kerana ia menggabungkan gerak langkah yang indah dengan iringan muzik tradisional seperti gambus dan rebana. Persembahan Zapin Sindang ini mempunyai tiga ragam sahaja jika dibandingkan dengan zapin lain dalam Sarawak. Dari segi muziknya, Zapin Sindang lebih kepada mempersembahkan muzik yang popular pada masa tersebut seperti lagu Anak Ayam.

Tarian Zapin Sindang sering dipersembahkan semasa majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, pertunangan, dan acara khas lain. Menariknya tarian Sindang ini adalah dari segi penonjolan ciri tempatan baik dari segi tarian dan formasi. 

Walaupun Zapin Sindang merupakan sebahagian penting daripada warisan budaya Melayu Sarawak, ia menghadapi cabaran dalam pemeliharaannya. Generasi muda yang berpindah ke bandar dan arus pemodenan telah mengurangkan praktik tarian ini di kalangan masyarakat asalnya.

Namun, usaha-usaha oleh organisasi kebudayaan dan Kampung Budaya Sarawak untuk mendokumentasi dan memperkenalkan semula tarian ini sedang giat dijalankan​​. Paling senang, anda boleh singgah ke Kampung Budaya Sarawak, haa di sana mereka mempersembahkan tarian tradisional Sarawak termasuklah Zapin Sindang.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Kenali Nasi Temuan, Adat Perkahwinan Melayu Sarawak Yang Mendebarkan Pengantin
‘Macam Burung Jantan Tengah Pikat Pasangan’, Lelaki Ini Puji Tarian Ngajat

SUMBER :UNIMAS Institutional Repository
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini 5 Bank Digital Malaysia Yang Tawar Pulangan Dan Cashback Lumayan
Next Article Sarawak Perkenal Bantuan Kesihatan RM500 Untuk Warga Emas Kategori B40 dan M40 Sarawak Perkenal Bantuan Kesihatan RM500 Untuk Warga Emas Kategori B40 dan M40

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?