I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Nasi Temuan, Adat Perkahwinan Melayu Sarawak Yang Mendebarkan Pengantin

Oleh Ismail NA
12 Februari 2024
Kongsi
4 Min Bacaan

Haa siapa yang nak kahwin dengan orang Melayu Sarawak tu kena tahu adat ini

Kenali Nasi Temuan, Adat Perkahwinan Melayu Sarawak Yang Mendebarkan Pengantin. Lain tempat, lain adatnya. Majlis perkahwinan yang lazimnya dihadiri oleh ahli keluarga, sanak saudara, jiran serta rakan taulan pastinya merupakan momen indah yang bakal dikenang oleh semua tetamu yang hadir.

Bagi masyarakat Melayu Sarawak, salah satu upacara khas yang dimasukkan dalam tentatif hari persandingan raja sehari adalah ’Nasi Temuan’. Biasanya, upacara inilah yang paling dinantikan oleh semua!

Adat orang Melayu Sarawak untuk memeriahkan majlis perkahwinan

Ini kerana adat Nasi Temuan ini umpama satu permainan yang perlu dilakukan oleh pengantin bagi memeriahkan suasana majlis.

Kenali Nasi Temuan, Adat Perkahwinan Melayu Sarawak Yang Mendebarkan Pengantin
Kenali Nasi Temuan, Adat Perkahwinan Melayu Sarawak Yang Mendebarkan Pengantin. Kredit foto: FB Kiot Photography

Untuk pengetahuan anda, Nasi Temuan atau panggilan asalnya, Nasi Pertemuan ini adalah suatu upacara suap-menyuap di antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan dan dibantu oleh pembantu atau orang tengah upacara. Upacara ini adalah simbolik kepada pertemuan di antara pengantin lelaki dan perempuan yang disatukan dalam perkahwinan mereka.

Maklumlah, zaman dahulu kebanyakannya belum pernah berjumpa sebelum berkahwin. Jadi, upacara ini bolehlah dikatakan sebagai ’ice-breaking’ bagi menghilangkan rasa malu pasangan tatkala baru pertama kali berjumpa di majlis perkahwinan sendiri.

Siapa paling pantas suap nasi minyak, dialah pemenang

Menerusi adat makan Nasi Temuan ini, kedua-dua pengantin akan bersaing sesama sendiri dengan menyuap nasi minyak secara pantas ke dalam mulut sendiri dan juga mulut pasangan. Siapa yang paling pantas menyuap, maka dialah pemenangnya.

Biasanya, makan Nasi Temuan ini diadakan secara 3 pusingan. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan duduk menghadap sesama sendiri sementara orang tengah menerangkan kepada tetamu dan pengantin tentang peraturan upacara. Pusingan akan dimulakan sebaik sahaja orang tengah membuka tudung saji atau penutup bekas Nasi Temuan.

@nardvindettetommy

Adat makan Nasi Temuan ini selalunya dibuat oleh org melayu Sarawak🌿 Melanau Costume By Nardvin Dette Collection #sarawaktiktok #miri #sarawak #melanau #sewabajukawin #mukah #dalat #malaysia #fypdongggggggg

♬ original sound – Nardvin Dette Tommy – Nardvin Dette Tommy

3 pusingan tentukan siapa berkuasa dalam rumah tangga

Pusingan pertama, pengantin akan menyuap nasi ke dalam mulut masing-masing.

Pusingan kedua pula, pengantin akan cuba menyuap nasi ke mulut pasangan.

Manakala pusingan ketiga, pengantin akan menyuap nasi ke dalam mulut sendiri.

Di setiap upacara ini, orang tengah akan memberitahu apakah maksud sekiranya pusingan itu dimenangi oleh salah seorang pengantin.

Sebagai contoh, sesiapa yang memenangi pusingan pertama, maka jantina bayi pertama pasangan ini kelak adalah jantina pemenangnya.

Kenali Nasi Temuan, Adat Perkahwinan Melayu Sarawak Yang Mendebarkan Pengantin
Kredit foto: nurmijulai.wordpress.com

Lebih kepada ’ujian’ toleransi, hiburan semata-mata

Orang-orang lama percaya bahawa pihak yang memenangi upacara ini akan lebih menguasai rumah tangga mereka berdasarkan pusingan suapan yang mereka menangi. Namun begitu, ia sebenarnya lebih kepada ’ujian’ toleransi dan keserasian di antara pasangan.

Walau bagaimanapun, pada masa kini, meskipun adat ini masih diamalkan dalam majlis masyarakat Melayu Sarawak, ianya lebih kepada hiburan buat pengantin dan tetamu semata-mata. Sik guro, sik rami kata orang.

Ketahui juga pantang larang pelik bagi wanita Iban mengandung pada zaman dahulu:

Ini Antara 16 Pantang Larang Pelik Bagi Wanita Iban Mengandung Pada Zaman Dahulu
Ini Teori Asal Usul Melayu Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Remaja Ditemukan Lemas Di Sungai Berhampiran Rumah Panjang Betong Dua Remaja Ditemukan Lemas Di Sungai Berhampiran Rumah Panjang Betong
Next Article Tinju Muka Isteri Angkara Cemburu, Lelaki Ditahan Reman Di Sabah Tinju Muka Isteri Angkara Cemburu, Lelaki Ditahan Reman Di Sabah

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?