• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

ZUS Coffee Lancar Jelajah Made in Malaysia dengan Bazaar di Sarawak

Oleh
Ismail NA
24 Ogos 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Jelajah bersama rakan kongsi HYGR, Spritzer, dan POS Malaysia

ZUS Coffee Lancar Jelajah Made in Malaysia dengan Bazaar di Sarawak. ZUS Coffee, rangkaian kedai kopi berteknologi dari Malaysia, telah mengumumkan pelancaran jelajah ‘Made in Malaysia’ yang dinantikan ramai. Jelajah ini meraikan komitmen ZUS Coffee untuk mempamerkan semangat dan warisan budaya Malaysia yang kaya dengan tradisi dan citarasa tempatan kepada komuniti di seluruh Malaysia.

Jelajah ini akan dimulakan dengan bazar yang meriah di Kuching, Sarawak, di mana penduduk tempatan dan pengunjung dapat merasai budaya Malaysia yang pelbagai melalui tarian tradisional, makanan tempatan, dan juga barangan kraf tangan.

ZUS Coffee Lancar Jelajah Made in Malaysia dengan Bazaar di Sarawak
ZUS Coffee Lancar Jelajah Made in Malaysia dengan Bazaar di Sarawak

Bazar ini akan mempamerkan pelbagai vendor Sarawak yang unik seperti Natural Remedy, To Melt For, Elly Loe Handcrafts, Bricky Lab DIY, Themuq Natural Soap, Nutonuto_coconut, Daisy Dalia, Crustnflakeskch, Fuku-fuku, Puff.lab, serta vendor tempatan lain seperti Nuvujewel.Official dan banyak lagi.

Meraikan ulangtahun ke-5 ZUS Coffee

Bagi meraikan semua ‘Made in Malaysia’, bazar di Sarawak ini menampilkan tawaran unik dari kawasan tempatan, serta menyerlahkan lagi semangat inovatif yang mendorong ZUS Coffee untuk mencipta minuman yang terhasil daripada gabungan citarasa yang dikenali dan baharu.

“Kami amat teruja untuk memulakan jelajah ke seluruh Malaysia ini di Sarawak, sebuah negeri  yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan merupakan rumah kepada 27 etnik yang berbeza,” kata Venon Tian, Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee. “Jelajah ‘Made in Malaysia’ ini adalah cara kami menghormati tradisi dan kraf tangan Malaysia, sambil juga memandang ke hadapan dengan inovasi dan kreativiti untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia.”

ZUS Coffee Lancar Jelajah Made in Malaysia dengan Bazaar di Sarawak
ZUS Coffee Lancar Jelajah Made in Malaysia dengan Bazaar di Sarawak

Jelajah ini juga menandakan ulang tahun ke-5 ZUS Coffee, satu pencapaian yang mencerminkan dedikasi jenama terhadap kualiti dan komuniti. Bersama rakan kongsi strategik seperti HYGR, Spritzer, dan POS Malaysia, jelajah ‘Made in Malaysia’ akan meneruskan perjalanannya ke Semenanjung Malaysia dengan beberapa siri acara bergerak, dan akan berakhir dengan festival muzik di Genting Highlands pada 2 November 2024.

Kolaborasi bersama HYGR hasilkan Cham-Tik Pallette

Kerjasama dengan HYGR, sebuah perniagaan tempatan yang mempromosikan pemeliharaan alam, membawa kepada kolaborasi edisi terhad ZUS x HYGR yang menampilkan siri Cham-Tik Palette, sebuah alat solek serbaguna, yang memperkenalkan tiga warna diinspirasikan daripada tona warna nude ZUS Cham Latté, yang akan dilancarkan di seluruh Malaysia, bermula dengan Sarawak sebagai destinasi pilihan pertama dalam jelajah ini. Tiga warna tersebut adalah Jasmine Cham Latté, Dark Oolong Cham Latté, dan White Peach Oolong Cham Latté.

Jelajah ‘Made in Malaysia’ ZUS Coffee ini dijangka bakal menarik lebih daripada 127,000 pengunjung di seluruh negara, dengan setiap acara direka untuk membina hubungan yang kukuh antara komuniti tempatan. Daripada acara khusus negeri hingga perayaan di seluruh negara, jelajah ‘Made in Malaysia’ menekankan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia, mencipta perayaan inklusif yang gah untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://zuscoffee.com/ atau muat turun Aplikasi ZUS Coffee.

Lagi artikel berkaitan ZUS Coffee yang pernah kami terbitkan sebelum ini:

Bukan Penggemar Kopi? Ini Adalah Menu ‘Non-Coffee Drinkers’ Di ZUS Coffee
‘Takyah Custom Dah Memang Sedap’, Wanita Ini Kongsi Senarai Menu Air Zus Coffee Untuk Beginner

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beri Laluan Majlis Penutupan Sukma, Beberapa Jalan Di Kuching Akan Ditutup Sementara
Next Article Sarawak Dikenal Pasti Sebagai Tapak Pelancaran Satelit Dan Pembangunan Industri Angkasa Lepas

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?