Penutupan sementara jalan di Kuching
Beri Laluan Majlis Penutupan Sukma, Beberapa Jalan Di Kuching Akan Ditutup Sementara. Dilaporkan bahawa, beberapa jalan di Kuching akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada majlis penutupan Sukma XXI esok di Stadium Sarawak.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan semalam, penutupan jalan pada 24 Ogos hari ini akan berkuat kuasa mulai 3 petang.

12 Jalan yang terjejas adalah
12 Jalan yang terjejas termasuk di bulatan Sesco, bulatan Kesuma Resort, persimpangan Sumber Alam ke Stadium Perpaduan, simpang masuk ke Stadium Perpaduan dari Jalan Stadium dan Jalan Diplomatik, jalan masuk ke Pusat Akuatik Pandelela Renong, Jalan Padang Gasing, lorong masuk ke tempat letak bas dan Jalan Stadium menuju ke simpang parkir awam.
Dikatakan, untuk sampai ke kawasan parkir awam yang ditetapkan, mereka yang datang ke bulatan Sesco dinasihatkan untuk membuat pusingan U di bulatan Casuarina dan meneruskan ke sepanjang Jalan Casuarina untuk memasuki persimpangan Jalan Stadium.

Untuk kenderaan yang melalui Jalan Diplomatik pula, boleh memasuki kawasan parkir betul-betul di belakang Stadium Sarawak.
Untuk keluar dari kawasan stadium, Mohd Farhan menjelaskan kenderaan dari kawasan parkir Stadium Sarawak perlu keluar melalui Jalan Diplomatik menghala ke Demak, manakala kenderaan dari Jalan Stadium (Ring) perlu keluar melalui Jalan Stadium (Ring) menuju ke Jalan Casuarina.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggesa orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan dan merancang perjalanan sewajarnya dengan memilih laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuching di talian 082-259900.

