• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang

Oleh
Nazihah AN
13 Februari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang

Perahu karam di muara Sungai Nanga Song.

Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang. Kejadian berlaku di Sungai Nanga Song, Sarawak. Dalam kejadian tersebut, sebuah perahu karam dan menyebabkan seorang individu hilang dan enam lainnya berjaya selamat.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku malam tadi, mangsa yang masih hilang seorang lelaki dikenali Gawing ak Mancha,47 tahun.

Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang
Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang. Sumber: Facebook

Kejadian berlaku sekitar jam 11 malam

Perahu yang membawa tujuh orang terbabit karam di muara Sungai Nanga Song ketika dalam perjalanan menuju ke Pekan Song dari rumah Ekeh Nanga Pan, Song.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.17 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song ke lokasi kejadian.

Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang
Sumber: Facebook

Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Song untuk rawatan lanjut

Katanya, enam orang mangsa berjaya menyelamatkan diri. Walaupun usaha-usaha telah dilakukan oleh pasukan pencarian dan penyelamat, sehingga kini satu individu masih hilang dan belum ditemui.

Setibanya pasukan Bomba di jeti pekan Song, pihak Bomba meminta bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di jeti pekan Song untuk mengambil mangsa yang selamat di muara sungai Song menggunakan perahu kerana dimaklumkan terdapat dua daripada mangsa yang selamat masih pengsan.

“Setiba kesemua mangsa di jeti pekan Song, pasukan Bomba bertindak membantu menyerahkan kesemua mangsa kepada pihak perubatan Klinik Kesihatan Song untuk rawatan lanjut,”

Perahu Karam Di Sungai Nanga Song, 6 Terselamat Dan Seorang Lagi Masih Hilang
Sumber: Facebook

Takziah kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang terlibat.

Katanya, hasil perbincangan dengan pihak polis dan ahli keluarga, operasi mencari dan menyelamat (SAR)akan bermula hari ini memandangkan keadaan gelap serta faktor keselamatan pasukan penyelamat.

Pihak berkuasa juga menasihati penduduk supaya berhati-hati semasa bepergian dengan perahu atau berkendara di sungai-sungai yang mempunyai arus yang kuat.

Kami berharap agar individu yang hilang dapat ditemukan secepat mungkin dan kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang terlibat.

Lagi artikel semasa, anda boleh baca pautan di bawah:

Masalah Teknikal Pada Sayap, MAS Lakukan Pendaratan Cemas Di Miri Dengan Selamat
Abang Jo: Batal Cukai Tayar, Kerajaan Sarawak Cadang Guna Tayar Lama Untuk Perbaiki Jalan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 11 Hari Koma, Bil Hospital Pesara Guru Dari Sarawak Di Mekah Ini Cecah RM 130K
Next Article Tular Rakaman 'King Myvi' Disangka Pembuli Jalan Di Kuching, Rupanya Pedal Minyak Rosak Tular Rakaman ‘King Myvi’ Disangka Pembuli Jalan Di Kuching, Rupanya Pedal Minyak Rosak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?