• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terdesak Nak Dapatkan Barang Berharga, 79 Kubur Di Bintangor Kena Ceroboh

Oleh
Husna Hazmi
13 April 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan, Bintangor diceroboh

Terdesak Nak Dapatkan Barang Berharga, 79 Kubur Di Bintangor Kena Ceroboh. Dipetik dari berita tempatan, kira-kira 79 buah kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan, Bintangor dilaporkan telah diceroboh.

Menurut Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Sekam Anoi, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada 12 April, jam 12.33 tengah hari.

Terdesak Nak Dapatkan Barang Berharga, 79 Kubur Di Bintangor Kena Ceroboh
Terdesak Nak Dapatkan Barang Berharga, 79 Kubur Di Bintangor Kena Ceroboh. Sumber foto: FB Borneo Network

Kubur telah dirosakkan

Dalam laporan yang diterima, pengadu mengetahui berkaitan pencerobohan tersebut daripada satu hantaran individu melalui aplikasi media Facebook.

Oleh itu, hasil siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Meradong mendapati sekitar 79 buah kubur di lokasi terbabit telah dirosakkan dengan cara memecahkan simen serta mengorek lubang sehingga menampakkan keranda.

Pengadu turut berkata, kali terakhir dirinya bersama penduduk kampung melawat tapak perkuburan tersebut ialah pada 30 Mac yang lalu.

Terdesak Nak Dapatkan Barang Berharga, 79 Kubur Di Bintangor Kena Ceroboh
Sumber foto: FB Borneo Network

Polis alu-alukan maklumat dari orang awam

Tambah Ketua Polis Meradong, pihak polis amat mengalu-alukan maklumat orang awam untuk membantu dalam kes pencerobohan ini.

Beliau berkata, maklumat awam ini amat penting bagi membantu pihak polis dalam mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini agar ia tidak berlaku dan berulang kembali.

Motif pencerobohan kubur tersebut dikatakan dipercayai bagi mendapatkan barang kemas dan barang-barang berharga yang dikuburkan bersama si mati.

Sebarang maklumat dan aduan boleh diajukan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di talian 084-693222, ujar beliau.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan (pencerobohan kubur).

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Tragedi Kepala Air, Mayat Mangsa Hilang Di Air Terjun Kampung Sebat Sematan Akhirnya Ditemui
Jambatan Ikonik Bintangor Di Jalan Ajibah Abol Dijangka Siap Tahun 2025
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tragedi Kepala Air, Mayat Mangsa Hilang Di Air Terjun Kampung Sebat Sematan Akhirnya Ditemui
Next Article Sajian Khas 'Orang Lama', Ini Resipi Kuih Bingka Biji Kelapa Sawit Yang Unik Dan Sedap Sajian Khas ‘Orang Lama’, Ini Resipi Kuih Bingka Biji Kelapa Sawit Yang Unik Dan Sedap

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?