• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

13 Artikel Karya Pelajar Sabah Diterbitkan Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Oleh
Farisha
12 November 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Pencapaian membanggakan, pelajar vokasional Sabah tembus penerbitan antarabangsa

13 Artikel Karya Pelajar Sabah Diterbitkan Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara. 13 pelajar anak Sabah yang merupakan pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau telah menerbitkan artikel berkenaan dengan isu kesihatan mental yang mereka telah masing-masing tulis di majalah Bahasa Inggeris keluaran sebuah institusi pendidikan di Indonesia, STKIP PGRI Pacitan, untuk isu yang bertemakan hari kesihatan mental dunia yang dikeluarkan pada 30 Oktober 2024.

Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar program diploma kolej itu daripada pelbagai jurusan vokasional seperti pendidikan awal kanak-kanak, bakeri dan pastri, kosmetologi, seni kulinari, teknologi pembinaan, teknologi kimpalan dan teknologi elektrik.

13 Artikel Karya Pelajar Sabah Diterbitkan Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara
13 Artikel Karya Pelajar Sabah Diterbitkan Di Majalah Bahasa Inggeris Nusantara

Mereka telah menghasil pelbagai jenis artikel iaitu sembilan esei peribadi, satu artikel editorial, dua artikel rencana dan satu artikel wawancara. Seramai sembilan orang pelajar telah menulis pengalaman mereka dalam menangani isu kesihatan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor sekeliling dirumah dan juga disekolah dan ini menunjukkan betapa pentingnya bagi isu kesihatan socioemosi diberi perhatian yang serius dimana-mana juga.

Dua orang pelajar menulis editorial iaitu artikel berfokuskan pendapat dan fakta dimana mereka mengulas kepentingan mencipta sistem yang menyokong perkembangan emosi dalam mana-mana organisasi, seorang pelajar menulis artikel rencana berkenaan dengan cara-cara mengatasi tekanan mental dan seorang pelajar menemubual seorang jururawat berkenaan dengan kawalan emosi di tempat kerja melalui artikel wawancara hasil karyanya.

Antara pelajar-pelajar yang menerbitkan artikel tersebut

Pelajar-pelajar ini adalah Iza Ezatul Shuhadah Nagar Ghani, Catrisya Cymantha Cyril, Beverly Yohana Low Jia Wei, Nur Assrina Hassri, Norsyelanatrasya Ahmad, Mary Magdeline Uding Terrence,  Nurbatrisyia Shariff , Rissy Rachell Richard,  Iris Sofea Irfin, Jason Robert Sopining,  Victoria Urai Jacob, Jueviana Shanda Freddy dan Nur Fatin Afiqah Mohd Rizal.

Para pelajar ini telah berjaya menghasilkan artikel mereka dalam Bahasa Inggeris dengan bantuan guru mereka sebagai penyunting dan pembimbing. Mereka kemudiannya menghantar artikel yang telah dimuktamadkan ke majalah ini yang akhirnya menerima artikel tersebut untuk diterbitkan bagi isu bulan Oktober dan November 2024. Majalah tersebut diterbitkan sekali dalam tempoh dua bulan.

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, mengucapkan tahniah kepada para pelajar ini kerana penulisan dan penerbitan artikel adalah satu amalan yang mampu meningkatkan kemahiran mereka dalam penulisan serta penguasaan bahasa Inggeris dan ianya mampu membakar motivasi mereka dan seterusnya memberi inspirasi kepada rakan-rakan sebaya mereka untuk menceburi bidang kewartawanan dan penulisan.

Majalah tersebut yang dikenali sebagai E-Magz boleh diakses melalui pautan https://pbi.stkippacitan.ac.id/e-magazine/.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan kejayaan yang diperoleh oleh pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau:

Aleksa Abdullah, Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Global
Pelajar KV Keningau Raih 10 Pingat Sabah Hospitality Fiesta Kategori Perantis

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Cabul Unduk Ngadau, Ahli Politik Sabah Ini Bakal Hadap Perbicaraan Di Mahkamah Didakwa Cabul Unduk Ngadau, Ahli Politik Sabah Ini Bakal Hadap Perbicaraan Di Mahkamah
Next Article Tular Individu Dari Sabah Ini Bakal Rentas 3 Negara Dalam Borneo Dalam 18 Hari Tular Individu Dari Sabah Ini Bakal Rentas 3 Negara Dalam Borneo Dalam 18 Hari

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?