• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Aleksa Abdullah, Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Global

Oleh
Farisha
5 November 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Bakat istimewa dari Sabah mengharumkan nama KV Keningau, terima SENIA Honorary Certificate 2024

Aleksa Abdullah, Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Global. Seorang pelajar istimewa berusia 17 tahun dari Kolej Vokasional (KV) Keningau telah mengukir nama dalam sejarah apabila menerima SENIA Honorary Certificate 2024. Aleksa Abdullah, seorang pelajar Tingkatan 5 berbangsa Bajau dari Keningau, Sabah, telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum walaupun mempunyai masalah pembelajaran.

Dalam bidang sukan, beliau telah membuktikan kehebatannya dengan merangkul pingat emas dalam acara lontar peluru bagi kejohanan olahraga pendidikan khas peringkat daerah pada tahun 2023 dan 2024. Malah, beliau turut berjaya meraih pingat perak dalam acara sama di peringkat negeri pada tahun 2024.

Aleksa Abdullah, Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Global
Aleksa Abdullah, Pelajar Berkeperluan Khas Sabah Terima Pengiktirafan Global

Bakat seni Aleksa juga terserlah apabila pasukan tariannya berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tarian rampai pendidikan khas peringkat daerah pada 2023.

Kejayaan Aleksa tidak terhad kepada bidang sukan dan kesenian sahaja. Beliau turut menunjukkan kebolehan dalam bidang seni visual dengan meraih tempat kedua dalam pertandingan mewarna sempena sambutan bulan kebangsaan. Prestasi akademiknya juga membanggakan, terutamanya dalam program pembuatan pakaian di mana beliau mencatatkan keputusan antara yang terbaik.

Kejayaan pelajar istimewa KV Keningau terima anugerah SENIA Honorary Certificate 2024

Pengiktirafan SENIA ini akan dipaparkan dalam persidangan SENIA 2024 yang akan berlangsung secara dalam talian pada akhir November. Pengarah KV Keningau, Encik Nordin bin Akup, melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Aleksa dan mengucapkan penghargaan kepada guru-guru serta staf unit pendidikan khas yang telah membimbing pelajar istimewa ini.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan ini membuktikan komitmen KV Keningau dalam memartabatkan pendidikan khas dan menunjukkan bahawa setiap pelajar mampu mencapai kecemerlangan tanpa mengira latar belakang.

Baca juga artikel yang berkaitan kejayaan-kejayaan yang diraih oleh pelajar dari KV Keningau:

Pelajar KV Keningau Raih 10 Pingat Sabah Hospitality Fiesta Kategori Perantis
Pelajar KV Keningau Terokai Dunia STEM Dan TVET Di Korea Selatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemuda Kongsi Fenomena Graviti Terbalik Di Keningau Bikin Kagum Pemuda Kongsi Fenomena Graviti Terbalik Di Keningau Bikin Kagum Netizen
Next Article Bayi Dalam Besen Sampah Kini Stabil, PKMB Sibu Cari Keluarga Angkat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?