• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

13 Alternatif Kedai Kopi Tempatan Setanding Citarasa Antarabangsa

Oleh
Ismail NA
26 Oktober 2023
Kongsi
10 Min Bacaan

Lebih murah dan tinggi kualiti

13 Alternatif Kedai Kopi Tempatan Setanding Citarasa Antarabangsa. Pencinta kopi pastinya tidak dapat hidup tanpa menghirup kopi setiap hari. Apatah lagi bagi mereka yang memiliki hari yang sibuk dan padat, lebih mudah untuk membeli segelas kopi berbanding menyeduhnya sendiri, kan?

Dalam artikel kali ini, kami senaraikan 13 kedai kopi jenama Malaysia yang bukan saja murah, tetapi juga setanding kualiti kopi antarabangsa seperti kopi Starbucks (malah lebih sedap!)

1. The Brew Crew

13 Alternatif Kedai Kopi Tempatan Setanding Citarasa Antarabangsa
13 Alternatif Kedai Kopi Tempatan Setanding Citarasa Antarabangsa. Kredit: X The Brew Crew

Memiliki beberapa cawangan di Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia, The Brew Crew merupakan buah fikiran saudara Adib Abdul Ghani dan bersama rakan-rakannya. Pada awal perniagaan, The Brew Crew Coffee and Tea bermula dari sebuah kedai di tapak pasar malam yang terletak di Miri, Sarawak dan mereka menyediakan kopi yang berkualiti dengan harga amat berpatutan supaya ramai boleh menikmati kopi mereka.

Menu cadangan: Borneo Latte, Salted Egg Croissant 

2. ZUS Coffee

13 Alternatif Kedai Kopi Tempatan Setanding Citarasa Antarabangsa
Kredit: Zus Coffee

Zus Coffee merupakan jenama kopi tempatan yang memulakan operasi sejak tahun 2019 dengan membuka kedai pertamanya di Binjai, Kuala Lumpur. Sejak daripada itu, kedai ini semakin dikenali dan berkembang dengan begitu pantas. Kini, kedai kopi tempatan jenama Malaysia ini telah memiliki sebanyak lebih 300 cawangan di seluruh Malaysia.

Menu cadangan: Spanish Latte, Roasted Hazelnut Latte

3. Kosa Coffee

Kredit: FB KÖSA Coffee

Kösa Coffee, membuka cawangan pertamanya di Saradise, Kuching dan kini telah melebarkan sayapnya ke Kuala Lumpur. Kedai kopi ini menawarkan menu kopi Vietnam asli secara drip, yang ditapis khas menggunakan penapis Phin tradisional. Mereka menggunakan biji kopi seperti Arabica, Robusta, dan Moka dari didatangkan khas dari Vietnam.

Menu cadangan: Vietnam Black Coffee, Bac Xiu Coffee, Peach Orange Lemongrass Tea, Blueberry Minty Soda, Lychee Oolong Macchiato

4. Richiamo Coffee

Kredit: Richiamo Coffee

Richiamo Coffee pula boleh dikatakan sebagai kedai kopi yang mesra mahasiswa. Mana tidaknya, kebanyakan cawangan kedai kopi ini bertapak di kampus-kampus induk universiti di seluruh Malaysia. Bukan sahaja mementingkan kualiti kopi yang diimport khas dari Brazil dan Indonesia, tetapi kedai ini juga menawarkan kopi premium dengan harga lebih rendah, terutamanya buat pelajar universiti dan golongan dewasa muda.

Menu cadangan: Iced Caramello Latte

5. Old Town White Coffee

Diasaskan oleh tiga sekawan, Goh Ching Mun, Tan Say Yap, dan Lee Siew Heng, jenama ini berfokus pada penyediaan kopi Hainan — campuran unik yang diperkenalkan oleh imigran Cina dari Hainan di Ipoh, Perak. Kopi ini menggunakan biji yang disangai ringan dalam marjerin, diseduh untuk menghasilkan minuman yang sederhana dengan ton karamel. Untuk memperkayakan rasanya, kopi ini kebiasaannya ditambah susu pekat manis. Oleh itu, White Coffee bukanlah bermakna kopi berwarna putih, tetapi sebenarnya merujuk kepada penggunaan susu dalam pembuatan kopi ini dalam Bahasa Cina!

Menu cadangan: Old Town White Coffee (Biasa, Hazelnut, Cao, Cham, Salted Caramel, O)

6. Bask Bear Coffee

Kredit: FB Bask Bear Coffee

Asalnya, kedai kopi jenama Malaysia ini hanya membuka cawangan secara maya di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Kopi di sini diseduh menggunakan biji kopi Arabica sepenuhnya, yang diimport dari Brazil, Colombia dan Sumatera Indonesia. Lagi best, anda sudah boleh memiliki kopi ini dari harga serendah RM 7! Meskipun mula membuka kiosk sewaktu pandemik, namun Bask Bear Coffee ini juga merupakan kedai kopi yang berkembang dengan pantas kerana ianya bernaung di bawah Loob Holdings, syarikat sama yang mengendali dan mengembangkan francais Tealive. Sebab tulah kalau anda perasan, kedai Bask Bear Coffee ini memang akan duduk satu kedai dengan Tealive!

Menu cadangan: Bask Bear Aren Palm Sugar Specials, Mocha Cheese Foam, Salted Caramel Hazelnut Macchiato

7. Black Bean Coffee

Kredit: Fatin via Foursquare

Selain menggunakan biji kopi tipikal seperti Arabica atau Robusta sebagai tarikan, Black Bean Coffee menggunakan biji kopi buatan Sarawak iaitu Kopi Liberica. Kopi ini berasal dari kawasan selatan Sarawak yang berbukit bukau, dan dihasilkan oleh penduduk Bidayuh yang berjumlah kecil serta ladang tempatan yang dihasilkan oleh penduduk kaum Cina. Malah, ada menu hidangannya yang menggabungkan kopi Robusta dan Liberica sekali. Apa lagi apabilanya ia diseduh segar di kedai kopi tempatan Sarawak ini, memang kaw lah.

Menu cadangan: Americano, Iced Latte, Espresso, Cappuccino

8. Gigi Coffee

Kredit: Gigi Coffee

Dilancarkan pada tahun 2019, Gigi Coffee pula merupakan sebuah kedai kopi yang menekankan kualiti bijian kopi kerana kesemua menu kopinya dihasilkan menggunakan 100% biji kopi Arabica. Kedai kopi ini juga turut dikenali menerusi menu paling larisnya iaitu Buttercream Latte. Menurut laman sesawangnya, kedai ini bakal membuka cawangannya di Sarawak. Spesifiknya, di Vivacity Megamall. Wohoo!

Menu cadangan: Buttercream Latte, Pecan Praline Latte, Monday Blue Cookies Latte, Dark Choco Mocha, Seasalt Caramel Macchiato, Seasalt Choco Cream Mocha

Berikut pula kedai kopi yang hanya terdapat di Semenanjung Malaysia

9. San Francisco Coffee

Mesti ramai yang ingat jenama ini berkemungkinan berasal dari Amerika Syarikat kan? Tetap sebenarnya, kedai kopi ini adalah jenama jati Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Abdul Rahim Zin, yang ingin membawa budaya kopi yang dilihatnya di San Francisco ke Malaysia. Kedai kopi pertama SFC dibuka pada tahun 1997 di Petaling Jaya. Menurut laman sesawangnya, kedai kopi ini berpegang kepada 3 prinsip emas bagi mengekalkan kualiti kopi – tidak menggunakan kopi yang telah dipanggang lebih daripada 1 bulan; tidak menggunakan kopi melebihi 1 minggu selepas beg dibuka, dan tidak menggunakan kopi yang telah dikisar lebih daripada 1 jam. Uish, dah boleh bayangkan kesegaran kopi ni!

Menu cadangan: Iced Espresso Carmel By The Sea, Espresso Macchiato, Caffé Latté, Caffé Americano

10. Kopi Saigon

Kredit: FB Kopi Saigon

Terkenal dengan slogan ‘Tiada Hari Tanpa Kopi’, Kopi Saigon adalah kedai kopi yang menawarkan kopi Vietnam dan ditubuhkan oleh salah seorang pengasasnya, Asyraf Kamal. Kopi Saigon mula beroperasi setelah pengasasnya menjalankan kajian dan penambahbaikan sehingga akhirnya berjaya mencipta menu kopi tempatan yang disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia. Biji kopi Robusta yang digunakan diimport khas dari Vietnam dan menawarkan menu kopi yang diseduh khas menggunakan penuras Phin persis seperti di Vietnam. Wow!

Menu cadangan: Kopi Saigon, Kopi Hitam, Kopi Kelapa

11. Kisah Kita

Kredit: Kisah Kita

Kedai kopi ini pernah tular sekitar tahun 2021 kerana nama menunya yang lucu dan begitu puitis seperti filem cinta Indonesia. Bukan sahaja memiliki nama yang boleh membuatkan pelanggan tersenyum tatkala memilih minuman yang ingin dipesan, kopi ini juga dikatakan memiliki rasa kopi yang harum dan sedap. Yang penting, harga kebanyakan kopinya juga kurang daripada RM 10!

Menu cadangan: Kopi Kisah Kita, Kopi Tetap Setia Frappe, Kopi Dua Darjat, Kopi Janji Manis

12. Kopi Dua Darjat

Kredit: Kopi Dua Darjat

Bila tengok nama kedai kopi ini, teringat pula dengan filem P.Ramlee. Walaupun kedai ini masih mengekalkan konsep gerai kopi jalanan, namun ianya sudah bertapak di beberapa kawasan besar di sekitar ibu negara Kuala Lumpur. Istimewanya kopi di sini dicampur dengan sirap pilihan yang terdiri daripada karamel, gula apong, susu pekar, butterscotch, vanila dan hazelnut. Bagi mereka yang sukakan rasa kopi yang tidak terlalu kuat (dan murah), ini pastinya pilhan yang tepat untuk anda.

Menu cadangan: Darjat Vanila, Darjat Borneo, Kopi Warisan, Coklat Artisan, Matcha Karamel

13. VCR

Kredit: Storehub

Kedai kopi estetik ini adalah kedai kopi urban Kuala Lumpur yang menawarkan seleksi kopi yang diseduh segar, sama ada panas mahupun sejuk. Lebih menarik, kedai kopi pertama VCR di Jalan Galloway, dekat Lalaport KL beroperasi di bangunan lama yang telah dibina sejak tahun 1927! Kopi segar VCR juga dijual dalam bentuk botol kaca bagi mereka yang ingin membawanya ke mana-mana sahaja. Kalau sesiapa yang suka suasana nyaman dan tenang untuk menghirup secangkir kopi, inilah tempatnya.

Menu cadangan: Espresso, Long Black, Macchiato, Seleksi Cold Brew (Coffee, Masala Chai)

Sekali sekala, anda boleh mencuba alternatif yang berbeza-beza untuk kopi harian anda dengan lebih jimat dan berbaloi.

Kalau nak cari port kopi best di sekitar anda, boleh cuba guna website ini:

Petakopi.my, Website Khas Buat Coffee Lover ‘Hunting’ Kedai Kopi Tersembunyi Dengan Hujung Jari
Ini Rupanya Sebab Mengapa Kopi Tenom Lebih ‘Kaw’ Dari Kopi Yang Anda Pernah Minum
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berasal Dari Nama Pokok Mangga Gatal, Ini Sejarah Nama Pekan Manggatal Di Sabah Berasal Dari Nama Pokok Mangga Gatal, Ini Sejarah Nama Pekan Manggatal Di Sabah
Next Article Gara-Gara Tak Beri Duit, Wanita Kongsi Detik Cemas Dimaki Peminta Sedekah Di Kuching Gara-Gara Tak Beri Duit, Wanita Kongsi Detik Cemas Dimaki Peminta Sedekah Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?