• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

1,370 Meter Persegi, Pameran Mural Terbesar Sarawak Di BCCK Kuching Dilancarkan Hari Ini!

Oleh
Husna Hazmi
27 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

The Largest Themed Mural Maze.

1,370 Meter Persegi, Pameran Mural Terbesar Sarawak Di BCCK Kuching Dilancarkan Hari Ini! Dilaporkan bahawa, pameran lukisan mural terbesar Sarawak ‘The Largest Themed Mural Maze’ telah dilancarkan pada hari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

1,370 Meter Persegi, Pameran Mural Terbesar Sarawak Di BCCK Kuching Dilancarkan Hari Ini!
1,370 Meter Persegi, Pameran Mural Terbesar Sarawak Di BCCK Kuching Dilancarkan Hari Ini!. Gambar sekadar hiasan. Kredit gambar: datukjahathensem

Dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan

Pelancaran tersebut dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. 

Dalam ucapan pelancaran, beliau berkata bahawa pameran ini adalah kesinambungan daripada forum mural yang dianjurkan pada bulan Januari tahun ini. 

Menurut beliau, pameran ini adalah percubaan untuk direkodkan dalam Malaysia Book of Records dengan lukisan mural 1370 meter persegi yang akan diumumkan pada 7 Jun tahun ini.

Tema bagi mural terbesar Sarawak ini ialah lima tunjang utama pelancongan Sarawak iaitu CANFF, Cultural, Adventure, Nature, Food and Festival (Budaya, Pengembaraan, Alam Semulajadi, Makanan Dan Festival).

Tambah beliau lagi, pameran lukisan mural ini juga mengambil masa lima bulan untuk disiapkan oleh pelajar seni lukis dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Samarahan, Universiti Swinburne Kampus Sarawak, Universiti USCI Kampus Kuching dan Universiti Teknologi Sarawak. 

1,370 Meter Persegi, Pameran Mural Terbesar Sarawak Di BCCK Kuching Dilancarkan Hari Ini!

Mengumpul dana bagi Persatuan Orang-Orang  Pekak Sarawak

Selain itu, bakat dari Persatuan Orang-Orang Pekak Sarawak turut disumbangkan untuk pembuatan lukisan mural Sarawak ini. 

Pameran ini juga kata beliau bukan sahaja untuk meraikan keunikan Sarawak tetapi juga sebagai inisiatif mengumpul dana bagi Persatuan Orang-Orang  Pekak Sarawak menerusi sumbangan oleh para pengunjung nanti.

“Pameran ini adalah tepat pada masanya dan kementerian akan terus menyokong komuniti seni tempatan  sedaya yang mungkin,” kaa beliau lagi. 

Oleh itu, buat semua pencinta seni di luar sana, kunjungilah pameran lukisan mural terbesar ini sebagai tanda sokongan buat pelukis tempatan kita. 

Lagi di sini cerita terkini buat anda hari ini:

SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anda Craving Masakan Kampung? Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching Anda Craving Masakan Kampung? Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching
Next Article [VIDEO] Puas Hati Tengok Wanita Ini Pecah Tabung, Berkepuk-Kepuk RM50 dan RM100!

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?