• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Suami Dituduh Gigit Isteri Di Kuching Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM 4000

Oleh
Husna Hazmi
27 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan.

Suami Dituduh Gigit Isteri Di Kuching Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM 4000. Dilaporkan, seorang anggota agensi penguatkuasaan telah mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen Kuching semalam atas dua pertuduhan iaitu mencederakan isterinya menggunakan komputer riba dan merosakkan telefon pintar milik mangsa.

Isi Isi Penting
  • Tertuduh didakwa atas dua pertuduhan.
  • Muhammad Aisy Nasir dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000
  • Pertuduhan kedua pula adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan
  • Tertuduh juga difahamkan telah bercerai dengan mangsa
Suami Dituduh Gigit Isteri Di Kuching Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM 4000
Suami Dituduh Gigit Isteri Di Kuching Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM 4000

Muhammad Aisy Nasir dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000

Hakim Maris Agan membenarkan tertuduh, Muhammad Aisy Nasir berusia 23 tahun untuk dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 tunai berserta seorang penjamin tempatan dan menetapkan pengurusan kes pada 27 Jun akan datang.

Selain itu, mahkamah juga menasihati tertuduh untuk mengambil khidmat nasihat peguam bagi kes tersebut serta memerintahkan tertuduh untuk tidak mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa dan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Aisy Nasir didakwa sengaja mencederakan isterinya yang berusia 22 tahun dengan menggunakan komputer riba.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman tersebut.

Suami Dituduh Gigit Isteri Di Kuching Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM 4000

Pertuduhan kedua pula adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan

Pertuduhan kedua pula adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat iaitu merosakkan telefon pintar milik mangsa sama sehingga membawa kepada kerugian RM1,000.

Jika disabit bersalah, tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Kedua-dua kesalahan tersebut telah didakwa berlaku pada 17 Disember 2021, di kediaman mereka di Bandar Baru Samariang Kuching, sekitar jam 9 pagi.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Danial Mohamad Ali tidak menawarkan sebarang ikat jamin kepada tertuduh susulan kesalahan tersebut tidak boleh dijamin.

Menurut DPP Danial, sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, pihak pendakwaan memohon agar tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM10,000 tunai berserta dua penjamin tempatan dengan syarat tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan termasuk mangsa dan keluarga mangsa.

Namun tertuduh telah memohon agar jumlah ikat jamin dikurangkan atas sebab dia tidak mampu untuk membayarnya dan turut memaklumkan mahkamah bahawa dia tidak lagi tinggal serumah dengan mangsa.

Suami Dituduh Gigit Isteri Di Kuching Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM 4000

Tertuduh juga difahamkan telah bercerai dengan mangsa

Tertuduh juga difahamkan telah bercerai dengan mangsa dan mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama kerana mencederakan mangsa dengan cara menggigit lengan mangsa pada 3 Januari lalu, sekitar jam 1.30 pagi di rumah kediaman mereka.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan pengurusan kes pada 1 Julai dan memberikan tertuduh ikat jamin mahkamah RM5,000 berserta seorang penjamin tempatan. 

Sebelum ini Muhammad Aisy Nasir dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan isterinya yang ingin membawa anak mereka menemaninya bermalam di hotel untuk menenangkan fikiran.

Bukan itu sahaja, tertuduh juga dikatakan tergamak memecahkan telefon bimbit isterinya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan isterinya yang ingin menggunakan wang Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk membeli susu anak mereka.

Pendakwaan bagi kes di Mahkamah Majistret dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Sebelum ini tertuduh telah ditangkap setelah isterinya melaporkan perbuatannya kepada polis:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe Yang Sangat 'Cool'! Lepak Sambil Main Indoor Games Bersama Kawan, Ketahui The Unilounge Kafe
Next Article Anda Craving Masakan Kampung? Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching Anda Craving Masakan Kampung? Ini 3 Buah Restoran Yang Menyediakan Makanan Tradisional Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?