I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu ‘Hailak’ Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh

Oleh Ismail NA
26 Mei 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Ini memang ‘expert’ tahap dewa!

[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu ‘Hailak’ Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh. Sekali pandang keadaan jalan di Bukit Maguh, Limbang ini, memang tak terbayang dek akal yang jalan ini boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan, sekali pun kereta pacuan empat roda atau lazimnya dikenali sebagai ‘Hailak’ di Sabah dan Sarawak.

Isi Isi Penting
Ini memang ‘expert’ tahap dewa!Bukit Maguh, laluan alternatif dari Miri ke Limbang“Bagi tips dulu macam mana yang lajak bukit sambil tutup mata tu,” – NetizenBaca juga pengalaman wanita ini melalui jalan alternatif Miri-Limbang tanpa perlu lalu Brunei ini. Kejung punggung bhai! :

Namun demikian, tular sebuah video di laman Facebook yang memaparkan skil pemanduan yang menakjubkan daripada seorang pemandu ‘Hailak’ berjenama Triton yang berjaya menaiki bukit curam tersebut.

Lebih mengagumkan, Bukit Maguh tersebut bukan sekadar curam, tetapi juga becak!

Yg penting dapat naik🤣🤣🤣 Bukit maguh

Posted by Daugles Tubeh on Monday, May 23, 2022

Bukit Maguh, laluan alternatif dari Miri ke Limbang

Untuk pengetahuan anda, Bukit Maguh yang terletak di Long Seridan ini merupakan laluan alternatif balak untuk penduduk dari Miri ke Limbang dan sebaliknya, tanpa perlu melalui negara Brunei Darussalam.

Video berdurasi 2 minit ini memaparkan kenderaan pacuan empat roda tersebut sedang bergelut untuk naik di bukit tersebut. Walau pun beberapa ketika kenderaan tersebut mengundur ke belakang semula akibat jalan yang licin, namun pemandu tersebut menggunakan skilnya untuk mengatur posisi tayar dan berjaya melalui bukit tersebut.

[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu 'Hailak' Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh
[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu ‘Hailak’ Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh. Sumber: FB Daugles Tubeh via BORNEO TRITON CLUB

Aksi kenderaan ini dikongsikan oleh pengguna Daugles Tubeh di group Borneo Triton Club dan telah mendapat hampir 200 perkongsian daripada netizen.

“Bagi tips dulu macam mana yang lajak bukit sambil tutup mata tu,” – Netizen

Netizen yang menonton video ini turut meninggalkan komen yang rata-ratanya memuji pemandu ini yang berjaya mengawal kenderaannya dalam keadaan jalan yang nampak mustahil untuk dilalui.

Malah, ada juga yang meminta tips pemanduan untuk mengharungi jalan raya seperti ini.

[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu 'Hailak' Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh
Sumber: FB BORNEO TRITON CLUB

Antara nasihat yang diberikan oleh pemandu lain yang berpengalaman melalui jalan raya seperti itu menggunakan kenderaan 4×4 jenis Triton adalah dengan mencari ‘gripping’ tayar di tempat yang keras berbatu.

Keadaan tayar juga memainkan peranan. Untuk melalui jalan seperti ini, tayar hendaklah ditetapkan dengan menggunakan tetapan MT (mud terrain).

Jika kenderaan tidak mahu bergerak ke hadapan (tayar berpusing dalam tanah), perlahankan kenderaan dahulu sebelum anda menekan pedal brek.

Pendek kata, pemanduan di jalan ini memerlukan kemahiran memusing stereng dan kebijaksanaan meletakkan posisi tayar bagi mendapatkan ‘gripping’ di atas tanah.

[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu 'Hailak' Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh
Sumber: FB BORNEO TRITON CLUB
[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Skil Tahap Dewa Pemandu 'Hailak' Ini Naik Jalan Becak Bukit Maguh
Sumber: FB BORNEO TRITON CLUB

Tengok pun dah rasa seram. Inikan pula nak naik dan bawa kereta guna jalan macam tu kan? Tapi bagi yang dah berpengalaman luas melalui jalan seperti ini, katanya kacang saja.

Apa-apa pun, rasanya semua pasti bersetuju bahawa rangkaian jalan raya terutamanya di kawasan pedalaman perlu ditambah baik untuk keselamatan rakyat, betul tak?

Baca juga pengalaman wanita ini melalui jalan alternatif Miri-Limbang tanpa perlu lalu Brunei ini. Kejung punggung bhai! :

SUMBER :Daugles Tubeh via FB BORNEO TRITON CLUB
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hilang Kawal Semasa 'Menyelit', Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen Hilang Kawal Semasa ‘Menyelit’, Tindakan Pelajar Sekolah Di Kuching Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Next Article Lelaki Main ‘Libas-Libas’ Parang Di Pintu Gerbang Sibu Cetus Kegusaran Awam

Advertorial

TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ini 4 Sebab Kenapa Yayasan Peneraju Exchange YPX Akan Jadi Game Changer Untuk Bisnes Anda
Event Menarik
Peluang Emas Untuk Usahawan Sarawak, TEGAS Fundraising Accelerator 2024 Kini Dibuka
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?