• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

14 Lagi Kes Terbaru COVID-19 Di Brunei, 25 Kes Keseluruhan Dalam Masa 4 Hari

Oleh
Ismail NA
12 Mac 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Krisis COVID-19 : Rakyat Brunei Tidak Dibenarkan Keluar Dari Negara

Perkara Ini Disahkan Sendiri Oleh Kementerian Kesihatan Brunei

14 Lagi Kes Terbaru COVID-19 Di Brunei, 25 Kes Keseluruhan Dalam Masa 4 Hari. Perkembangan terbaru COVID-19 di Brunei pada hari ini mencatatkan 14 kes terbaharu yang dikesan. Jumlah tersebut kini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Brunei meningkat mendadak kepada 25 kes.

#breakingnews Ministry of Health today confirmed 14 new COVID-19 cases, bringing the national toll to 25. #borneobulletin

— Borneo Bulletin (@borneo_bulletin) March 12, 2020

Menurut akaun Twitter akhbar Brunei, Borneo Bulletin, perkara tersebut telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei pada jam 5 petang tadi. Kesemua kes baharu yang dikesan pada hari ini mempunyai kaitan dengan sebuah acara keagamaan yang diadakan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

All the new cases are linked to the religious gathering at Jamek Mosque in Kuala Lumpur, Malaysia. #borneobulletin

— Borneo Bulletin (@borneo_bulletin) March 12, 2020

14 kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 di Brunei meningkat daripada 11 kes kepada 25 kes dalam tempoh 4 hari sahaja. Kenyataan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Brunei akan menyusul kelak. Setakat semalam, kesemua kes yang telah disahkan berada dalam keadaan stabil dan lebih 100 orang telah diambil sampel untuk ujian COVID-19. Sementara itu, 80 orang kontak terdekat bagi kes-kes yang telah disahkan diarahkan untuk menjalani perintah kuarantin.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan Brunei turut menasihatkan agar rakyatnya tidak berasa panik dengan situasi yang melanda negara tersebut pada masa ini dan meminta agar kontak-kontak yang dihubungi dapat memberi kerjasama bagi membendung penularan wabak ini. Secara keseluruhannya, keadaan di Brunei masih terkawal.

Artikel lanjut tentang perkaitan kes COVID-19 di Brunei dan Malaysia :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article COVID-19 : Acara Antarabangsa dan Tempatan Akan Tetap Diteruskan Di Sarawak
Next Article Sabah Catat Kes Pertama Positif COVID19, Dipercayai Baru Balik Dari Perhimpunan Di Masjid Sri Petaling Sabah Catat Kes Pertama Positif COVID19, Dipercayai Baru Balik Dari Perhimpunan Di Masjid Sri Petaling

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?